Archives for February 2, 2022

Proton Saga

Nama Kereta Kebangsaan Pertama di Malaysia diambil semasa permainan Scrabble

Secara umumnya rata2 tahu kereta pertama tempatan keluaran Malaysia dinamakan Proton Saga, saga pula merujuk kepada nama biji benih saga. Tapi itu hanya pendapat umum sahaja. Tahukah anda, itu bukan cerita asal usul nama Proton Saga yang sebenarnya?

Ramai yang tidak tahu tentang peranan Encik Ismail Jaafar. Pada satu petang, dia bermain permainan Scrabble (kalau versi Melayu – SAHIBBA). Ketika membuat frasa Bahasa Inggeris SAGA (yang membawa maksud dalam BI – “something said” or “a narrative in prose”, somewhat along the lines of a “story”, a “tale”, or a “history”), En Ismail mendapati perkataan SAGA melibatkan 4 huruf sahaja dan markahnya agak kecil. Tapi belia mendapat ilham daripada akronim SAGA dan membentuk 4 frasa baru iaitu:

S= Safety / Stability (Keselamatan / Kestabilan)

A= Achievement (Pencapaian)

G= Greatness (Keagungan)

A= Ability (kebolehan)

Kemudian dari situlah beliau menghantarkan ideanya dalam pertandingan menamakan kereta nasional pertama keluaran Malaysia. Tun Dr M masih mengingati mengapa nama SAGA dipilih sebagai pemenang dimana terma SAGA menarik perhatian para juri. Para juri dan Tun Dr M memilih nama SAGA kerana ia adalah terma BI yang membawa maksud suatu peristiwa kejadian & Tun Dr M adalah orang yang mengaitkan nama SAGA dengan terma BM SAGA yang merupakan sebiji biji benih.

Tapi Tun Dr M & para juri tidak tahu ilham nama SAGA sebenarnya bermula dari permainan Scrabble!

Maklumat tambahan, kereta Proton SAGA adalah kereta import terlaris di UK pada tahun 1989!

CnP…

Secretary Bird: Bergaya dan Perkasa

Ditemukan di Afrika, ‘secretary bird’ (Sagittarius serpentarius) lazimnya mendiami kawasan di selatan Gurun Sahara.

Ketinggian burung ini boleh mencecah 1.2 m. ‘Secretary bird’ juga diketahui sebagai pemburu ular yang tangkas!

Kutu Kemaluan (Phthirus Pubis)

Imej menunjukkan Dua ekor kutu kemaluan (Phthirus pubis) yang tergantung pada bulu, dilihat melalui Pengimbasan Mikrograf Elektron (SEM). Kutu bulu kemaluan berukuran 1-2 mm panjang dan kelihatan seperti ketam, Ia menghisap darah kira-kira 5 kali sehari.

_________________________________________

Ternyata bulu kemaluan pun boleh jadi kutu membiak. Jika terdapat pembiakan kutu pada bulu kemaluan, maka di kawasan tersebut biasanya akan berasa sangat gatal. Kutu yang bersarang pada bulu kemaluan berkemungkinan besar akan berpindah ke bahagian bulu lain seperti perut, dada, ketiak, malah janggut. Pada kanak-kanak, kutu juga sering dijumpai pada kening dan bulu mata.

Kutu kemaluan adalah istilah umum untuk parasit Phthirus pubis. Kutu kemaluan berukuran 1-2 mm panjang dan kelihatan seperti ketam. Phthirus pubis menghisap darah sebagai cara hidup. Parasit ini paling kerap berjangkit semasa aktiviti seksual jadi ia juga diklasifikasikan sebagai jangkitan seksual.

Hubungan rapat ibu bapa dengan anak-anak mereka juga boleh menularkan kutu ini. Selain itu, ia juga boleh dipindahkan melalui sikat, cadar, selimut, tuala, atau pakaian yang tercemar. Ramai orang yang mempunyai jangkitan seksual mempunyai kutu kemaluan.

Semasa pemeriksaan perubatan, kehadiran kutu di rambut kemaluan boleh disahkan melalui pemeriksaan visual. Jika anda melihat Phthirus pubis bergerak, maka anda positif kutu di bulu kemaluan. Jika tiada kutu dewasa ditemui, pemeriksaan mikroskopik biasanya akan mendedahkan kehadiran telur kutu yang melekat pada batang rambut, berhampiran dengan permukaan kulit.

Text : perdoski

SEKILAS FAKTA

Pada 1975, Gary Dahl dari California menjadi jutawan sekelip mata hanya dengan menjual batu untuk dijadikan peliharaan.

Idea tersebut diperolehi melalui keluhan temannya yang sukar menguruskan haiwan peliharaan. Dilengkapi buku manual penjagaan, ianya dijual dengan harga US$4 (RM17).

Walaupun laris dalam setengah tahun sahaja, namun jualannya mencecah lima juta unit. Kejayaannya lebih tertumpu terhadap buku manual setebal 32 halaman yang dipenuhi jenaka penjagaan batu tersebut.

Antaranya: “Batu peliharaan harus diajar untuk berdiam diri dan tidak bergerak, dan amat sukar diajar kerana batu tidak memberi sebarang respon”.

Penemuan Mumia Mayat Yang Menakutkan di Filipina

Pada tarikh 25 Februari tahun 2016, sekumpulan nelayan di Mindanao, Filipina telah ternampak sebuah kapal yang hanyut di lautan itu.

Kapal ini seperti kapal hantu iaitu tidak dipandu oleh manusia dan hanya bergerak mengikut arus ombak.

Disebabkan perasaan ingin tahu, kumpulan nelayan ini pun segera mendekati kapal tersebut dan masuk ke dalamnya.

Mereka memeriksa setiap penjuru kapal tersebut untuk melihat apa yang ada di dalamnya.

Alangkah terkejutnya mereka apabila sampai di bahagian belakang kapal itu, mereka terjumpa mayat seorang lelaki yang telah menjadi mumia.

Mayat ini adalah merupakan mayat seorang pelayar dari Jerman bernama Manfred Fritz Bajorat.

Bedah siasat mendapati Manfred berusia 56 tahun ketika mati dan dia meninggal dunia disebabkan sakit jantung.

Manfred ditemui sedang duduk di meja radio dan sedang membuat panggilan terakhir di radio tersebut untuk mendapatkan bantuan.

Malangnya, Manfred tidak sempat membuat panggilan itu dan meninggal dunia di situ juga.

Kasihan Manfred ini. Mujurlah ada juga yang menemui mayatnya yang telah lama mati.

Seram kan? Cuba bayangkan anda pergi jalan-jalan tiba-tiba terjumpa mumia mayat. Seram kan?

Telur Ayam

Telur sebelah kiri adalah telur yang dihasilkan oleh Ayam Betina yang sudah Tua.

Manakala telur sebelah kanan adalah dihasilkan oleh ayam betina yang masih muda.

Dan yang mana lebih berkhasiat dan mengandungi banyak nutrien adalah telur yang dihasilkan oleh Ayam betina muda..

Jadi lepas ini boleh tengok warna telur dan buat pilihan.. ?

Gereja Ayam Yang Angker di Indonesia

Apabila sebut sahaja Indonesia, pastinya orang selalu terbayangkan Candi Borobudur, iaitu candi terbesar di dunia yang berusia bertahun-tahun.

Namun, tahukah anda bahawa terdapat satu lagi rumah ibadat yang besar di Indonesia dan terletak cuma lebih kurang 20 minit perjalanan dari candi Borobudur.

Rumah ibadat ini bernama Gereja Ayam. Hal ini demikian kerana rupa bentuk gereja ini mirip seperti seekor ayam.

Sebelum pergi lebih lanjut, saya dengan rendah diri memohon supaya kita semua tidak menulis komen-komen yang jelek. Saya mohon supaya semua menghormati pembaca-pembaca yang beragama Kristian. Terima kasih.

Okay sambung. Gereja ini dibina pada tahun 1990an oleh seorang lelaki bernama Daniel Alamsyah. Beliau merupakan seorang pengganut Kristian.

Pada tahun 1989, Daniel Alamsyah bermimpi didatangi seekor burung merpati berwarna putih kepadanya.

Mimpi itu memberi inspirasi kepada Daniel Alamsyah untuk membina sebuah pusat ibadah kepada semua orang.

Apa yang peliknya adalah Gereja Ayam bukan sekadar gereja sahaja. Daniel Alamsyah turut menyediakan ruang kepada pengganut lain seperti Buddha, Hindu dan juga Islam untuk beribadat.

Gereja Ayam ini lebih berkonsepkan pluralisme. Ia digelar gereja hanya kerana Daniel Alamsyah ini beragama Kristian walhal pada dasarnya tempat ini adalah bersifat pluralisme.

Lebih parah lagi apabila terdapat kultus ajaran sesat yang bergerak atas nama agama Kristian turut sama menggunakan Gereja Ayam.

Hal inj telah menyebabkan pengoperasian Gereja Ayam mendapat bantahan secara besar-besaran oleh penduduk.

Kesannya, Gereja Ayam ditutup pada tahun 2000 kerana penduduk marah akan kultus yang semakin berkembang luas itu.

Sehinggalah tahun 2014 barulah isu kultus itu selesai dan Gereja Ayam dibuka semula seperti biasa.

Apa yang menariknya adalah seja ia dibuka semula, ramai yang datang termasuklah kumpulan paranormal yang ingin mencuba nasib mereka.

Ramai pasukan paranormal mencuba sesi “uji nyali” dalam Gereja Ayam. Malangnya, tiada satu pun sesi uji nyali berjaya ditamatkan.

Ramai yang lari dan tidak sempat habiskan sesi uji nyali. Ini kerana mereka diganggu oleh makhluk lain ketika sesi itu.

Bukan sekadar diganggu, ramai antara mereka yang cedera teruk seperti tubuh terluka dan bercalar teruk ketika sesi uji nyali.

Penyebab kecederaan mereka itu adalah misteri. Secara tiba-tiba sahaja mereka cedera.

Selain pasukan paranormal, krew “shooting” filem yang membuat penggambaran di sini turut terganggu.

Ketika penggambaran, tiba-tiba sahaja terdapat bayang-bayang besar datang menerkan ke arah mereka menyebabkan mereka bertaburan lari.

Selain itu, antara kisah misteri yang dikongsikan oleh penduduk tempatan pula adalah mereka terlihat kelibat kuntilanak sedang berdiri di atas “kepala” ayam bangunan ini.

Oh ya, Gereja Ayam juga menjadi tempat penggambaran bagi filem Ada Apa Dengan Cinta satu ketika dulu.

Seram kan? Berani tak nak cuba nasib di tempat ini?

Wira Sebenar

Insiden kereta api itu berlaku pada 2 September 2010 apabila Bishnu Shrestha pulang ke rumah selepas bersara secara sukarela daripada Tentera India. Ketika askar gurkha berusia 35 tahun itu menaiki kereta api Maurya Express dari Ranchi ke Gorakhpur, pada tengah malam di hutan Chittaranjan di Bengal Barat, kira-kira 30-40 perompak bersenjata menaiki kereta api dan mula merompak penumpang.

Kemudian mereka mula berkelakuan tidak baik dengan seorang gadis berusia 18 tahun di hadapan ibu bapanya yang tidak berdaya, kemudian Bishnu hilang sabar. Dia mengeluarkan Khukri (pisau)nya dan melawan sekumpulan perompak seorang diri.

Dia membunuh tiga daripada mereka dalam pergaduhan itu dan mencederakan lapan yang lain. Perompak yang lain takut dengan serangan berani Bishnu dan melarikan diri dari tempat kejadian. Askar tentera India itu menjelaskan tentang kejadian itu dengan berkata:

“Mereka mula mengambil barang kemas, telefon bimbit, wang tunai, komputer riba dan lain-lain barangan penumpang. Mereka telah melakukan rompakan dengan parang, pedang dan pistol. Pistol itu mungkin palsu kerana ia tidak menembak. Gadis itu menjerit meminta tolong sambil berkata “Awak askar, tolong selamatkan saya”.

Saya berjaya menghalangnya daripada dirogol, saya menganggap dia seperti adik saya sendiri. Melawan musuh dalam pertempuran adalah tugas saya sebagai askar tetapi menghadapi perompak di dalam kereta api adalah tugas saya sebagai manusia.

Semasa pergaduhan itu, Bishnu mengalami luka parah di tangan kirinya, dan gadis itu juga mengalami luka ringan di lehernya. Bagaimanapun, pahlawan gurkha yang berani itu berjaya menggunakan pisaunya dengan baik dan menyelamatkan kesucian seorang gadis, bersama-sama dengan ratusan ribu rampasan.

Menghargai tindakan berani Bishnu ini, Rejimen Gorkhanya menganugerahkan ganjaran wang tunai Rs. 50,000 dan juga memberhentikan persaraan sukarela, supaya dia mendapat faedah kenaikan pangkat secara adat selepas menerima pingat pengiktirafan.

Beliau juga menerima Pingat Sena untuk keberanian daripada Tentera India.

Beri penghormatan kepada tindakannya yang berani dan bertanggungjawab!

PENGALAMAN MENYAKSIKAN HUKUMAN SEBAT DI PENJARA.

“TUAN, boleh tak saya saksikan hukuman sebat di penjara?” tanya saya kepada Tuan Pengarah Penjara selepas satu mesyuarat peringkat negeri.

Memang dah lama tersirat dihati untuk menyaksikan bagaimana hukuman sebat dilaksanakan di penjara. Ianya mesti dilihat dengan mata kepala sendiri kerana ‘once in a lifetime experience’.

“Boleh sahaja, nanti saya uruskan apabila ada hukuman sebat dijalankan” balas rakan saya ini.

Sebagai pegawai kanan yang bertugas dinegeri, saya memang berkawan dengan ramai Ketua Jabatan dimana kami sering berjumpa dalam berbagai mesyuarat peringkat negeri.

Ramai menjadi teman rapat walaupun saya tidak bermain golf. Bila ada kabel, banyak birokrasi kerja boleh dipercepatkan untuk menyenangkan tugas.

Seminggu selepas perjumpaan tersebut saya menerima panggilan telefon dari Pegawai Khas Pengarah Penjara.

Beliau akan menjemput saya di pejabat dan membawa saya ke penjara untuk menyaksikan hukuman sebatan tersebut.

Apabila masuk kepenjara, rasa agak ngeri kerana dikelilingi oleh banduan yang berkeliaran. Tidak ramai pegawai penjara berada untuk mengawal mereka.

Saya diberitahu bahawa mereka adalah banduan ‘low risk’ yang mempunyai seminggu dua sahaja hukuman mereka sebelum dibebaskan.

Saya dibawa melihat tempat kerja banduan di bahagian pertukangan kayu dan dapat melihat hasil kerja mereka yang cantik. Semuanya diajar oleh guru pertukangan pegawai penjara.

Hasil pertukangan kayu dijual dikedai penjara dengan harga murah, dan selepas menolak modal, banduan akan mendapat sedikit komisen beberapa sen. Duit inilah mereka gunakan untuk membeli barangan seperti sabun, ubat gigi, maggi dll.

Di dalam penjara memang banyak sel yang dipisahkan dengan jereji besi. Banduan hardcore dari kes bunuh, rogol dll tidak dicampurkan dengan banduan ‘petty theft’. Banduan 39B (hukuman gantung) juga tinggal berasingan.

Begitu juga banduan perempuan diasingkan jauh dari banduan lelaki. Saya sempat juga melawat sel perempuan dan terdapat ramai banduan mat salleh. Kebanyakan mereka disabitkan dengan kesalahan pemilikan dadah. Ramai juga banduan perempuan yang segak dan diberitahu bahawa mereka dipenjarakan diatas kesalahan pelacuran.

Akhirnya saya dibawa kesatu kawasan lapang dimana hukuman sebat akan dilaksanakan. Diperhatikan sudah ada beberapa pegawai kerajaan seperti doktor, pegawai undang undang dan beberapa pegawai penjara berada disitu sebagai saksi.

Saya dipersilakan duduk bersama mereka dan menunggu kes pertama untuk dijalankan.

Dihadapan kami terdapat palang kayu A shape dengan rentangan T.

Banduan pertama dibawa kehadapan, tanpa pakaian tetapi bercawat. Kedua tangan dan kaki diikat dipalang dengan badan dan bontot beliau dihadapan kami.

Beliau dihukum penjara selama 10 tahun dengan 10 sebatan kerana kesalahan merogol. Seorang pegawai penjara membaca hukuman perintah mahkamah dengan kuat dihadapan banduan.

Saya perhatikan badan banduan bergoncang menggigil kerana ketakutan dan dihadapan beliau diletakkan satu baldi jika terkencing.

Selepas bacaan hukuman, perotan berbadan sasa mengambil rotan sepanjang 4 kaki dari rendaman minyak.

Ianya direndam minyak untuk mendapat efek kesakitan maksima keatas banduan. Pinggang banduan ditutup dengan canvas untuk protection.

‘Shiiiissshhhhh’, bunyi rotan melayari udara dengan perotan menghayun rotan sekuat mungkin, hinggap bontot banduan tepat pada ruang tengah.

“Allahuakbar, Adoooooi ” pekik terlolong banduan tersebut.

Kelihatan jelas luka terbuka ‘split open’ merentangi kulit bontot beliau. Muscle dibontot kelihatan bergegar kerana ‘involuntary muscle action’.

Terfikir saya pada masa itu bahawa sekaranglah baru beliau meneriak pertolongan pada Allah tetapi semasa merogol hanya hasutan syaitan sahaja didengari.

“Satu” jerit perotan menandakan banduan baru dikenakan satu hukuman.

Seterusnya sebanyak 9 kali banduan dirotan dan kelihatan bekas pukulan rotan dan luka nya tersusun cantik diatur dibahagian bontot walaupun ada sebatan yang mengena tempat luka sebatan awal.

Saya nampak darah berjujuran tetapi tidak lah banyak seperti luka ditempat lain. Cawat beliau kelihatan basah kerana terkencing akibat kesakitan yang amat sangat.

Sebatan yang padu dengan bunyi ‘solid’ akan menghasilkan kesakitan maksima keatas banduan dan kadangkala sebatan tidak menggena sasaran tepat di ‘sweet spot’.

Saya yang menyaksikan terasa ngilu setiap kali rotan dihayun dan singgah dibontot diikuti dengan jeritan dan tangisan banduan.

Hati memang kena kental melihat hukuman dijalankan apatah lagi agaknya rasa perotan yang menjalankan tugas. Rasa kesian juga melintas di sanubari melihat rintihan banduan menangis teresak-esak.

Selesai 10 kali sebatan rotan, banduan dipapah keluar dan pesalah baru dibawa masuk.

Ada banduan yang sangat tabah, tidak meraung apabila dibelasah bontot dan ada banduan yang menjerit menangis sekuat hati. Ada yang pengsan dan terpaksa diusung keluar dimana hukuman disambung dilain masa.

Difahamkan bahawa selama sebulan banduan tersebut terpaksa tidur terlungkup sehingga luka dibontot sembuh.

Saya diberitahu bahawa mereka rela dipanjangkan hukuman penjara dari menjalani hukuman sebatan.

Ramai banduan yang taubat nasuha selepas kena hukuman sebat dan beriktikad tidak mahu masuk penjara lagi.

Sumber: kutuberahak

Cp:zelfzefs

Masjid Terbesar di Pakistan

Masjid terbesar di Pakistan yang pertama tentunya adalah Masjid Faisal. Masjid ini terletak di ibukota negara Pakistan, iaitu Islamabad, tepatnya di kaki Bukit Margalla.

Masjid ini diberi nama Faisal bersempena dengan nama Raja Saudi iaitu Faisal bin Abdul Aziz yang membiayai kos pembinaan Masjid tersebut.

Seorang arkitek yang berasal dari Turki iaitu Vedat Dalokay merupakan orang penting dalam pembinaan Masjid tersebut.

Masjid Faisal memiliki seni yang cukup unik kerana tidak memiliki kubah, namun disini terdapat empat menara setinggi 88 meter yang menjulang tinggi. Tak hanya itu, masjid ini memiliki keluasan sehingga 5.000 meter persegi yang mampu menampung 100,000 – 300,000 jemaah pada satu-satu masa.

Kos pembinaan Masjid ini bernilai 120 juta USD dan siap sepenuhnya pada tahun 1986.