Archives for February 2, 2022

Jarak Antara Planet Utarid Dan Matahari

Nampak Dekat Sebenarnya Jauh.

.

.

Utarid adalah planet yang paling hampir dengan matahari dan planet terkecil di dalam sistem suria.

Diameternya adalah 40% lebih kecil daripada Bumi dan 40% lebih besar daripada Bulan.

Permukaan di Utarid seakan-akan permukaan Bulan contohnya kawah-kawah asteroid dan tebing yang puluhan kilometer tinggi.

Dalam Foto ini kelihatan planet Utarid (titik hitam) sedang melintas di hadapan Matahari menerusi suatu fenomena yang dikenali sebagai transit.

Walaupun nampak seperti sangat hampir keduanya, namun purata jarak antara Utarid dan Matahari adalah sejauh 36 juta batu (58 juta kilometer).

(FOTO: Transit Utarid pada 11 November 2019. Transit seterusnya akan berlaku pada tahun 2032. NASA/Bill Ingalls)

Helikopter No. 116 – “Tankbusters”

Helikopter ringan milik Angkatan Tentera India ini merupakan daripada Unit Helikopter No. 116 yang diberikan nama “Tankbusters” berpangkalan dari kem Tentera Udara wilayah Jodhpur.

Perkhidmatan helikopter No. 116 mula digunakan pada Januari 1970. Sejarah unit helikopter 116 mula dibentuk pada tahun 1967 di wilayah Sarsawa dahulu.

Fungsinya bukan untuk pertunjukan, tetapi helikopter ini beroperasi untuk mengangkut askar daripada Angkatan Tentera Udara dan Darat India dengan pelbagai tujuan sama ada operasi serangan atau bantuan menyelamat

Helikopta Helikopta

Kredit: THE MAJOR

Al Marhum Ali Bin Aissa

Ini adalah gambar salah seorang menteri yang paling akrab dengan al Marhum Ahmed Bey yang merupakan seorang pemerintah di kota Constantine, Algeria.

Beliau adalah al Marhum Ali Bin Aissa atau nama lainnya Isa Muhammad bin Talib Al Fergani. Gambar ini diambil pada tahun 1856 masihi semasa Algeria jatuh ke tangan penjajah Perancis.

Al marhum Isa Muhammad bin Talib Al ferghani dihukum oleh tentera Perancis dengan melakukan kerja-kerja berat sehingga menyebabkan ia hilang upaya dan jatuh sakit.Beliau akhirnya dicampakkan dipinggir jalan dan hidup merempat.

Kredit: Che Pai

Kesan Tapak Kaki Di Batu Ini Dipercayai Milik Unta Betina Nabi Saleh.

• Menurut penduduk tempatan, di sini terdapat kesan tapak kaki unta betina yang sangat besar yang telah dikeluarkan oleh Allah SWT. Kesan tapak kaki unta itu ditempatkan di sebuah bangunan khas yang terletak di pusat bandar Salalah di wilayah Dhofar di timur Oman.

Kisah Disebalik Unta betina

• Kaum Tsamud telah meminta Nabi Saleh menciptakan unta betina yang hamil 10 bulan dari sebuah bukit berbatu. Nabi Saleh bersetuju dan berdoa agar Allah menunjukkan kekuasaan-Nya. Dengan mukjizat dari Allah, unta itu muncul dari gunung berbatu berdekatan.

• Unta itu kemudian dibunuh tiga hari kemudian oleh sembilan orang lelaki saat malam tiba. Unta itu dipanah dan ditikam bersama dengan anaknya yang baru lahir. Kisah pembunuhan unta ini terdapat dalam surat Al-Qamar ayar 54.

Azab Allah akhirnya muncul di hari keempat setelah pembunuhan unta. Pada hari tersebut, petir sambar menyambar dan berlakunya gempa bumi hingga membinasakan kaum Tsamud.

“Kerana itu mereka ditimpa gempa, maka jadilah mereka mayat-mayat yang bergelimpangan di tempat tinggal mereka,” surah Al-A’raf ayat 78.

Kesan cetakan itu kini ditempatkan di sebuah bangunan khas yang terletak di pusat bandar Salalah, di wilayah Dhofar di timur Oman. Di atas batu itu anda boleh lihat dua lubang yang menyerupai tapak kaki unta serta bintik-bintik darah kering boleh dilihat berhampiran tapak kaki ini. Dipercayai darah unta itu kerana dicederakan oleh musuh Nabi Saleh عليه اسلام (ALLAH lebih mengetahui)

• Pengunjung yang datang ke sini diminta menanggalkan kasut dan wanita hendaklah menutup rambut mereka.

Kredit – Jasson Kings Official

Sekilas Fakta

3 cahaya di atas piramid ini adalah planet merkuri, venus dan saturn. Setiap 2737 tahun, kedudukan planet ini akan berada bersetentangan antara satu lain. Fenomena ini menimbulkan tanda tanya kepada saintis adakah ia secara kebetulan atau tidak. Foto ini diambil pada 3 Desember 2012 yang lalu. Selepas ini kena tunggu 2737 tahun lagi barulah kita dapat menyaksikannya kembali.

Kredit: Daniel Irimia & Saharudin Rahman.

Asal Usul Nama Bluetooth

Harald “Bluetooth” Gormsson adalah seorang raja Denmark dan Norway. Harald memerintah Denmark dari 958 – 986. Harald memperkenalkan agama Kristian ke Denmark dan mengukuhkan pemerintahannya.

Tahukah anda?

Teknologi tanpa wayar Bluetooth dinamakan sempena nama beliau pada tahun 1997 berdasarkan analogi bahawa teknologi itu menyatukan peranti seperti cara Harald menyatukan puak Denmark menjadi satu kerajaan. Beliau meninggal dunia sekitar 985/86) dan dimakamkan di Gereja Roskilde, Roskilde, Denmark.

Evolusi Baju Seragam Tentera China.

Ilustrasi dari Akhbar Perancis Le Petit Journal, 29 Oktober 1911.

RELIGIONS IN MALAYSIA

Air Mineral Paling Mahal di Dunia

Air mineral berjenama “Acqua Di Cristallo Tributo A Modigliani’ menjadi air mineral paling mahal di dunia dan dijual pada harga AS$60,000 (RM254,431) sebotol.

Difahamkan air mineral tersebut dijual dengan harga yang mahal kerana ia telah dihasilkan menggunakan tiga sumber mata air berbeza iaitu dari Fiji, Prancis dan Ireland yang disifatkan sebagai air paling bersih di dunia.

~Mahalnya harga air mineral nie. Korang sanggup beli tak

Syarahan Albert Einstein pada tahun 1922

Kelihatan seorang lelaki di baris hadapan seperti “ada masa untuk sakit kepala”! ?

Teori kenisbian Einstein telah meruntuhkan andaian tentang kemutlakan ruang dan masa.

?Sumber gambar: Historic Photographs