Dari UTM Kuala Lumpur ke Scholar’s Inn Bangunan S46 ke Makmal UTM Skudai Johor Bahru.. Perjalanan jauh yang kurasa…. hehe..
Alhamdulillah kami telah selamat tiba di UTM Skudai Johor Bahru bagi menjalani sesi amali subjek kursus semester kedua ini selepas empat jam perjalanan bersama kawan-kawan dari UTM Kuala Lumpur. Di mana penginapan kami sepanjang tiga hari dua malam di UTM Skudai Johor Bahru?
Di sinilah tempat kami menginap selama tiga hari dua malam. Bilik Queen, Scholar’s Inn UTM Johor Bahru – Bangunan S46!
Peta lokasi: https://www.google.com/maps/dir//1.554078,103.648498/@1.5547918,103.6464936,612m/data=!3m1!1e3
Pada 14 Oktober 2022, sesi amali dimulakan dengan kelas amali subjek Fizik dan Kimia. Kemudian pada hari berikutnya diikuti sesi makmal subjek Biologi dan Geologi. Akhir sekali, bagi melabuhkan tirai perjalanan kami adalah amali subjek Teknologi Maklumat pada hari terakhir kami di UTM Johor Bahru 🙂
Ini merupakan kali pertama kami peserta dari UTM Kuala Lumpur bersua muka bersama peserta dari UTM Johor Bahru. Sebelum ini kami hanya berinteraksi secara maya atau secara atas talian sahaja. Ternyata semuanya….sempoii!
DARI S46 KE MAKMAL
Boleh dikatakan untuk ke lokasi makmal-makmal tidaklah begitu jauh dari tempat penginapan kami. Dan lokasi antara makmal-makmal juga berdekatan dengan kafetaria. Mudah untuk kami makan.Tapi kalau drive sendiri.. boleh sesat jugak kot! Hahahaha..
Oleh itu, Encik Mohamad Hafiz bin Ismail, staf Pusat Pembangunan Bakat dan Kepimpinan atau dikenali sebagai Centre for Talent and Leadership Development (CTLD), Jabatan Pendaftar UTM telah diberi mandat untuk membantu kami sebagai penunjuk arah ke lokasi makmal yang ditetapkan sepanjang kami disana.
Terima kasih diucapkan kepada Encik Hafiz di atas susah payah melayan karenah kami. Semoga Allah permudahkan segala urusan anda. Dan kepada diri kami sendiri.. semoga dipermudahkan segala urusan dalam menimba ilmu, mendepani semua cabaran, onak dan duri dengan jayanya bersama-sama.. aaminn.. 🙂
Bukan mudah nak mudah. Usaha, ikhtiar dan tawakkal kunci segalanya!