Biologi

Kuliah 3: Alam Animalia

Bagi sesi kuliah yang terakhir, kami telah dikongsikan ilmu mengenai alam animalia. Kuliah dimulakan dengan bab pengkelasan haiwan berdasarkan corak atau corak perkembangannya.

Kingdom Animalia

Terdapat 9 filum dalam Kingdom Animalia:

  1. Filum Porifera
  2. Filum Platyhelminthes (Kelas Turbellaria (cacing berambut getar), Kelas Trematoda (cacing hisap), Kelas Cestoda (cacing pita)
  3. Filum Coelenterata
  4. Filum Nematoda
  5. Filum Annelida
  6. Filum Mollusca
  7. Filum Arthropoda
  8. Filum Echinodermata
  9. Filum Chordata (Subfilum Urochordata, Cephalochordata, Vertebrata)
Ruminan VS Bukan Ruminan

Seterusnya kami telah berlajar mengenai dua kategori sistem peredaran pernafasan untuk haiwan Kingdom Animalia sama ada terbuka (Moluska dan Atropoda) atau tertutup (Annelida dan Vetebrata). Kemudian, kami juga mempelajari sistem penghazaman atau pencernaan manusia, haiwan ruminan dan haiwan bukan ruminan (arnab dan kuda).

Cara Mengira Nilai Chi Square

Dan akhir sekali kami telah didedahkan mengenai Mendel dan Hukum Pewarisan. Bab ini menceritakan bagaimana Mendel telah melakukan eksperimen penghibridan secara monohibrid dan dihibrid. Kacukan monohibrid melibatkan kacukan dua varian yang berbeza bagi satu sifat manakala kacukan dihibrid adalah kacukan antara individu yang mempunyai sifat yang berbeza.

Bagi membuktikan kajian kebarangkalian kacukan mendel ini, ujian Chi Square perlu dilakukan bagi mendapatkan nilai Chi Square kemudian dilakukan perbandingan merujuk kepada Jadual Chi Square.