Biologi

Sesi Amali Biologi

Sesi makmal biologi telah dijalankan pada hari kedua kami di UTM Johor Bahru bertempat di Makmal Pengajaran Mikrobiologi 1, Jabatan Biosains, Fakulti Sains.

Amali Biologi merangkumi semua topik yang telah dipelajari semasa kelas teori. Amali 1 merupakan asas penggunaan mikroskop diman kami perlu meneliti imej mikroskop majmuk serta melihat sel kulit bawang dan sel tisu pipi.

Bagi amali kedua ia melibatkan alam plantae. Di sini kami perlu mengenalpasti ciri-ciri keratan rentas Gimnosperma dan Angiosperma, struktur daun dan struktur pembiakan. Selain itu, kami juga perlu melukis perbezaan ciri antara tumbuhan monokotiledon dan dikotiledon.

Amali keempat menyentuh bab berkenaan genetik. Kami perlu membuat kiraan nilai jangkaan chi square bagi empat fenotip kacukan dihibrid berdasarkan hipotesis 9 (ciri dominan):3:3:1 (ciri resesif) mengikut Hukum Mendel II.

Kacukan dihibrid: 
Kacukan sendiri antara anak generasi pertama (F1 x F1) melibatkan pewarisan dua pasang ciri yang berlainan.

Hukum Mendel II: 
Prinsip Pengasingan Bebas (The Principle of Independent Assortment)

Terima kasih diucapkan kepada pensyarah Dr Azman Abd Samad diatas ilmu yang telah diberikan. Alhamdulillah!