Demam Pilihan Raya Umum Ke 15

Demam Pilihan Raya Umum Ke-15 semakin hangat dirasakan! Kelihatan kesemua parti yang bertanding saling ‘berlawanan’ bendera dibahu-bahu jalan seluruh tanah air.

Jom kita lihat barisan parti komponen yang bertanding untuk pilihan raya kali ini.

Secara keseluruhannya dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 kali ini terdapat empat jentera besar yang akan bertanding bagi merebut kerusi kepimpinan dan pentadbiran negara Malaysia. Berikut adalah senarai empat parti tersebut:

  • Barisan Nasional (PN)
    • Gabungan UMNO, MCA, MIC, PBRS dan PBM
  • Perikatan Nasional (BN)
    • Gabungan BERSATU, PAS, SAPP, STAR, GERAKAN dan PDP
  • Pakatan Harapan (PH)
    • Gabungan PKR, DAP, AMANAH, MUDA
  • Gerakan Tanah Air (GTA)
    • Gabungan PEJUANG, BERJASA, PUTRA dan IMAN

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia telah menjana satu laman rasmi bagi memberi kemudahan kepada rakyat Malaysia dalam membuat capaian informasi berkaitan pilihanraya umum yang akan diadakan kelak. Laman rasmi tersebut boleh dicapai melalui pautan berikut: https://mysprsemak.spr.gov.my/semakan

MySPR Semak
Paparan hadapan MySPR Semak

SEMAKAN DAFTAR PEMILIH PRU KE-15

Melalui pautan ini, kita boleh membuat semakan daftar pemilihan bagi mengetahui maklumat pengundian seperti lokasi pusat mengundi dan cadangan masa keluar undi bagi mengelakkan kesesakan jumlah pengundi yang hadir. Bagi membuat semakan daftar pemilih, anda bolehlah ke pautan berikut: https://mysprsemak.spr.gov.my/semakan/daftarPemilih

Tulis nombor kad pengenalan di ruangan yang disediakan > Isikan aksara captcha yang diberikan > SEMAK
Tulis nombor kad pengenalan di ruangan yang disediakan > Isikan aksara captcha yang diberikan > SEMAK
maklumat pengundian pemilih
Contoh maklumat pengundian pemilih

SEMAKAN CALON PRU KE-15

Seterusnya, bagi membuat semakan calon-calon bertanding di Parlimen dan Dun masing-masing, maklumat tersebut boleh dicapai melalui pautan berikut:
https://mysprsemak.spr.gov.my/semakan/calon

Pilihan Raya Umum Ke-15
Tekan butang Pilihan Raya Umum Ke-15
Pilihan Raya Umum Ke-15
Pilih Negeri yang dikehendaki
Pilihan Raya Umum Ke-15
Pilih Parlimen yang dikehendaki
calon pilihan raya Parlimen Selayang
Contoh paparan semakan calon pilihan raya Parlimen Selayang

SEMAKAN KEPUTUSAN RASMI PRU KE-15

Dan akhir sekali, bagi mengetahui keputusan rasmi Pilihan Raya Umum Ke-15, anda bolehlah ke pautan yang berikut:
https://mysprsemak.spr.gov.my/semakan/keputusan

SEMAKAN KEPUTUSAN RASMI PRU KE-15
Pilih butang Pilihan Raya Umum

APLIKASI MYSPR SEMAK

Suruhanjaya Pilihan Raya turut menyediakan kemudahan semakan menggunakan aplikasi mudah alih kepada orang awam untuk mengetahui status pendaftaran sebagai pemilih dan lokasi tempat tempat mengundi semasa pilihan raya. Orang ramai juga boleh membuat semakan calon-calon bertanding di bahagian pilihan raya masing-masing serta keputusan pilihan raya umum. Aplikasi ini boleh dimuat turun melalui Google Play atau Apple Apps Store.

Aplikasi MySPR Semak

Semoga pucuk pimpinan baharu yang bakal memenangi majoriti kerusi mampu menjadi tonggak negara yang bakal membangunkan negara Malaysia dengan telus, amanah, berdedikasi, berwawasan dan terbaik. Sama-sama kita doakan kesejahteraan negara kita, Malaysia agar sentiasa di bawah lembayung rahmat, peliharaan dan lindungan Allah swt. Inn shaa Allah.. aamiinnn…