Siri Wacana Ilmu 2019 – Laman Web Mudah Dengan WordPress

 

Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (CICT) telah mengadakan Siri Wacana Ilmu 2019 bertajuk Laman Web Mudah Dengan WordPress.  Siri Wacana Ilmu kali ini telah disampaikan oleh Encik Mohd Fairus bin Ahmad pada 16 Januari 2019 jam 2.30 – 3.30 petang di Bilik Latihan 1, Aras 4, UTM Johor Bahru.

 

Semua  warga CICT UTM Johor Bahru telah hadir dalam program tersebut.

 

Program Jerayawara Encik Radzuan bin Mohd Nor

 

 

Siri Wacana Ilmu 2019 oleh Encik Radzuan bin Mohd Nor telah diadakan pada  10 Januari 2019, bertempat di  Bilik Mesyuarat Utama, Aras 2 UTM Johor Bahru.  Wacana Ilmu bertajuk Pengalaman ICT sepanjang berada di CICT bermula pada jam 2.15 petang hingga 4.30 petang.

 

 

Program Jerayawara En Radzuan telah dihadiri oleh semua warga CICT UTM Johor Bahru dan setiap Bahagian/Unit membawa potluck masing-masing bagi meraikan  Encik Radzuan bersempena perpindahannya ke UTMLead.

 

Akhir kata didoakan selamat bertugas di tempat baharu kepada Encik Radzuan, semoga dipermudahkan segala urusan, sentiasa diberikan kesihatan yang berpanjangan dan sentiasa cemerlang dalam kerjaya.. In shaa Allah.. Aamiin yarobbalaalamin….

 

PERKONGSIAN ILMU : Pendigitalan Perkhidmatan Dari Legasi Ke Era IR 4.0

Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (CICT) telah mengadakan program Perkongsian Ilmu bertajuk Pendigitalan Perkhidmatan Dari Legasi Ke Era IR 4.0 pada 24 Januari 2019 jam 11.00 pagi bertempat di Dewan Senat, UTM Johor Bahru.

Ceramah telah disampaikan oleh Tuan Haji Samsudin bin Nyat mengenai pengalaman beliau dalam bidang ICT dan perkembangan ICT di UTM dari tahun 1985 hingga 2025.

Program tersebut telah dihadiri oleh warga UTM dan Kehadiran staf dalam program ini diambil kira sebagai mata CPD dan direkodkan dalam sistem UTMSMile.

SESI TOWN HALL : PENCAPAIAN KEY AMAL INDICATIOR (KAI) 2018

Program Sesi Town Hall, Pencapaian Key Amal Indicator (KAI) 2018 telah diadakan pada 16 Januari 2019 bertempat di Dewan Bankuet, Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim, UTM Johor Bahru.

 

Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (CICT) bersama Pejabat Harta Bina (PHB) dan Perpustakaan Sultanah Zanariah (PSZ) telah membuat pembentangan pencapaian prestasi bagi projek-projek 2018.  CICT diwakili oleh Profesor Madya Dr. Shahizan bin Othman, Pengarah CICT, Tuan Hj Samsudin bin Nyat dan Puan Siti Faridah bte Shaikh Abdul Rahman.

 

Staf Pengurusan Profesional & Pelaksana (PPP), Ahli Persatuan/Kelan (PERTISAS, BAKES, PERKABA DAN KKA), Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) dan Wakil Jawatankuasa Kolej Mahasiswa/I (JKM) turut hadir dalam program tersebut.

 

TAHNIAH PUAN NORQUMARIAH BINTI SAAD

 

Tahniah kepada Puan Norqumariah binti Saad kerana telah berjaya dalam temuduga dan menerima kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Teknologi Maklumat Gred F44 berkuatkuasa mulai 5 Jun 2018.

 

Seluruh warga CICT mengucapkan setinggi-tinggi TAHNIAH  dan semoga  Pn. Norqumariah binti Saad akan lebih cemerlang dalam memberikan perkhidmatan berprestasi tinggi kepada CICT khususnya dan UTM amnya.

 

TAHNIAH ENCIK JAFFAR SIDEK BIN HARON

Tahniah kepada Encik Jaffar Sidek bin Haron kerana telah berjaya dalam temuduganya untuk kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Teknologi Maklumat Gred F48 berkuatkuasa mulai 5 Jun 2018.

 

Seluruh warga CICT mengucapkan setinggi-tinggi TAHNIAH dan semoga  En. Jaffar Sidek bin Haron akan lebih cemerlang dalam memberikan perkhidmatan berprestasi tinggi kepada CICT khususnya dan UTM amnya.

 

 

 

Perlantikan Sebagai Felo Akademik IT di CICT

TAHNIAH kepada Dr. Masitah binti Ghazali kerana telah dilantik sebagai Felo Akademik IT di CICT berkuatkuasa mulai 5 Ogos 2018 hingga 4 Ogos 2019.

 

Seluruh warga CICT mengucapkan setinggi-tinggi TAHNIAH di atas pelantikan tersebut dan semoga dengan pelantikan ini akan dapat menyumbang kepada peningkatan penyampaian perkhidmatan ICT berprestasi tinggi kepada seluruh warga Universiti.

 

 

 

PERAKUAN PENDAFTARAN SEBAGAI TEKNOLOGIS BERIJAZAH

Dua orang warga Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (CICT) telah didaftarkan sebagai TEKNOLOGIS BERIJAZAH oleh Lembaga Teknologis Malaysia.  Mereka adalah Ts. Dr. Mohd Murtadha bin Mohamad dan Ts. Raziman bin Zakaria telah pada tahun 2018.

 

Seluruh warga CICT mengucapkan setinggi-tinggi TAHNIAH dan semoga terus cemerlang!

 

LAWATAN KERJA PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA KE UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN (UniSZA)

Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (CICT) telah mengadakan lawatan ke Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) pada 27 Ogos 2018 (Isnin) bermula dari jam 9:00 pagi hingga 3:00 petang.  Lawatan ini bertujuan untuk melihat pelaksanaan Hyper Converged Infrastructure (HCI) di UniSZA, di samping berkongsi pengalaman dan bertukar pandangan dalam pengurusan infrastruktur ICT.

 

Delegasi seramai 6 orang ini terdiri daripada Encik Jaffar Sidek bin Haron (Ketua Bahagian IOM), Encik Noor Haslan bin Sallehudin (Unit Keselamatan Infra ICT), Encik Mohd Rozi bin Katmin (Ketua Unit Infra Struktur dan Operasi), Encik Mohd Nor Akmal bin Masrom (Unit Pusat Data) dan diketuai oleh  Prof. Madya Dr. Mohd Shahizan bin Othman, CIO/Pengarah CICT.