LAWATAN UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UNIMAP) DAN SESI TAKLIMAT DAN PERKONGSIAN TEKNOLOGI TERKINI

Jabatan Perkhidmatan Digital (UTMDigital) telah menerima tetamu VIP iaitu Naib Canselor, Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP), Profesor Ir. Ts. Dr. R. Badlishah bin Ahmad dan Ir. Dr. Annuar Mat Safar, Ketua Jabatan UNIMAP digital.  Beliau telah diringi oleh Pengarah Urusan, Syarikat Aruba Networks a Hewlett Packard Enterprise, Encik Julian Chow dan Pengarah Urusan, Strategic Alliance Sdn. Bhd. Encik Khairul Nizam Saud, pada 4 Oktober 2020 jam 3.00 petang  selepas mengadakan kunjungan hormat di Pejabat Naib Canselor UTM.  Lawatan ini diadakan di Bilik HIK Vision, UTMDigital.

Lawatan ini bertujuan bagi berkongsi perkembangan terkini mengenai teknologi yang boleh digunapakai bagi memperkasa dan memantapkan tahap capaian jaringan komunikasi universiti.

Aruba Hewlett Packard Enterprise merupakan syarikat teknologi maklumat yang berfokuskan kepada perkakasan dan perisian sistem rangkaian dan antara syarikat pengeluar rangkaian yang terbaik dan diiktiraf di dalam “Gartner Magic Quadrant”.

Setelah selesai sesi taklimat, perasmian bilik Aruba telah diadakan.  Bilik Aruba tersebut telah ditaja oleh Aruba HPE sebagai tanda kerjasama di antara UTMDigital dan pihak Aruba HPE. Semoga lawatan ini memberi peluang atas kolaborasi yang akan dilaksanakan pada masa hadapan dan mengeratkan hubungan di antara UTMDigital, UNIMAP dan Aruba HPE.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *