LAWATAN AKADEMI PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA (MACA) KE PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (CICT), UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA.

Seramai 15 orang pelawat dari Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) yang diketuai oleh Pengarah MACA iaitu Y.Bhg. Dato’ Hj Idris Bin Zaharudin telah mengadakan lawatan ke Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (CICT), UTM Johor Bahru pada 19 Februari 2019 [Selasa] bermula jam 10.00 pagi, bertempat di  Bilik Mesyuarat Utama, Aras 2, CICT, UTM Johor Bahru.

Objektif lawatan ini adalah sebagai penanda aras dan perkongsian maklumat berkaitan Sistem Pengurusan Maklumat yang digunakan oleh pihak UTM bagi menguruskan permohonan pelajar dan program yang ditawarkan UTM.  Selain itu, lawatan ini adalah untuk memberi peluang kepada pegawai / kakitangan untuk bertukar-tukar pendapat dan pengalaman di antara Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) khususnya dan UTM secara amnya.

Delegasi ini telah dibawa melawat ke beberapa tempat di CICT seperti Data Center dan Dewan PPICTP.

 

Show Case Teknologi ICT Terkini di CICT

Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (CICT) telah mengadakan Show Case Teknologi ICT Terkini pada 13 Januari 2019 (Ahad) bermula jam 9.30 pagi hingga 12.30 tengahari.  Program ini telah berlangsung di Galerium CICT, Aras 2 dan dihadiri oleh semua warga CICT termasuk Felo IT dan Pengurus Teknologi Maklumat.

YBhg Datuk Naib Canselor, Prof. Datuk Ir. Dr. Wahid bin Omar telah melawat CICT dan mengadakan perbincangan bersama dengan semua Pengurusan dan Felo Akademik CICT di Crisis Room, Aras 1 pada jam 11.00 pagi.

Show Case Teknologi ICT Terkini ini adalah acara yang julung kali diadakan ini telah mendapat sambutan daripada semua staf CICT.  Semoga program ini akan dapat memberi pendedahan kepada teknologi ICT terkini yang merupakan sebahagian daripada inisiatif yang akan dilaksanakan oleh CICT pada tahun ini.

Penyerahan kereta Alza kepada CICTKL

Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (CICT) UTM Kuala Lumpur telah menerima sebuah kereta Alza untuk kegunaan pejabat CICT, UTM Kuala Lumpur yang telah berlangung pada bulan Januari 2019 jam 3.00 petang..  Penyerahan ini telah disampaikan oleh Encik Mohd Sharimal bin Osman wakil Pejabat Harta Bina, Johor Bahru (PHB, JB) dan telah diterima oleh Timbalan Pengarah CICT, Kuala Lumpur Encik Nik Kamal Izuddin bin Nik Ibrahim.

 

Alhamdulilah, ia adalah hasil dan berkat usaha penjanaan dari warga staf CICT.

 

STAF CICT HADIR TEMUDUGA

Seramai 6 orang staf CICT telah menghadiri temuduga untuk jawatan Pegawai Teknologi Maklumat (F41) pada 13 Februari 2019.

 

Semoga staf CICT yang berjaya dalam temuduga tersebut akan lebih bersemangat dalam menjalankan tugas dan bagi yang tidak berjaya jangan putus asa…cuba lagi.

 

Wacana ilmu – Pelaksanaan SPK ISO 9001 : 2015

Wacana ilmu – Pelaksanaan SPK ISO 9001 : 2015

Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (CICT) telah mengadakan Wacana Ilmu bertajuk Pelaksanaan SPK ISO 9001 : 2015.  Program yang bermula pada jam 2.30 petang telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 2, CICT dan telah disampaikan oleh Puan Siti Faridah Shaik Abd. Rahman dan Puan Azniza binti Ali.

Warga CICT yang hadir dalam program tersebut akan mendapat mata CPD melalui UTM Smile.