Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (CICT) telah mengadakan Program Santai @11. Program ini bermula dari jam 11.00 pagi hingga 12.00 tengahari setiap hari bekerja di Bilik Ruckus. Setiap warga boleh menggunakan peralatan/permainan seperti Carrom Men, Dart Board, Magnetite Sport Chess, Happy Family Card, Snap Card, Bet Playing Cards, UNO Stacko, Mikado Spiel, Multi Game dan Super Sticky. Program ini bertujuan merehatkan minda dan mengurang stress bekerja.
Program ini adalah lanjutan dari Program CICT LUV YOU, Siri Santai 1.0 yang telah diadakan pada 12 Mei 2019 di Dewan Seminar, CICT.