Seramai 8 orang dalegasi daripada Bahagian Perumahan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) yang diketuai oleh Dr. Mohamad Idris bin Ali, Pengarah Pusat Pembangunan dan Pengurusan Harta (JPPH) telah mengadakan satu Lawatan Kerja dan Penanda Aras ke Unit Perumahan dan Bahagian Perumahan serta perbincangan bersama Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, UTM Johor Bahru. Lawatan ini telah diadakan pada 25 September 2019 (Rabu), jam 3.00 petang.
Lawatan ini adalah bertujuan untuk membincangan dan mendapatkan maklumat berkaitan asrama dan kemudahan WIFI yang disediakan di kolej kediaman serta hal-hal berkaitan dengan tadbir urus, perkhidmatan dan kemudahan khasnya kepada pelajar pasca siswazah di UTM. Perbincangan ini telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama (BMU), CICT bersama dengan Pegawai-pegawai IT, CICT.