STAF BAHARU UTMDigital MELAPOR DIRI

UTMDigital mengucapkan Selamat Datang dan Selamat Bertugas kepada dua orang staf baru iaitu Puan Nazlin Binti Ali dan Cik Khairul Bariah Bte Misron. Mereka telah mendaftar diri di UTMDigital pada 1 Mac 2020.

Puan Nazlin Binti Ali adalah Pegawai Tadbir (NA41) dari Pusat Kepimpinan Akademik UTM (UTMLEAD) bagi mengganti tempat Puan Sabrena binti Omar yang menyambung pelajar di peringkat Master.

Manakala Cik Khairul Bariah Bte Misron pula adalah Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (FA29) dari Fakulti Alam Bina & Ukur bagi mengganti tempat Encik Jamaluddin Malek yang telah berpindah ke Fakulti Alam Bina & Ukur.

Semoga UTMDigital akan terus cemerlang.

LAWATAN PENANDA ARAS DAN PERBINCANGAN ATTACHMENT, UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG (UMP) KE UTMDigital

UTMDigital telah menerima lawatan penanda aras dan perbincangan mengenai Agile Methodology dari Universiti Malaysia Pahang (UMP) pada 10 Mac 2020 (Selasa) jam 9.30 hingga 1.00 tengahari.   Wakil dari UMP yang hadir adalah seramai tiga orang ini diketuai oleh Timbalan Pengarah, Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi, UMP iaitu Encik Irman bin Khalil, Pengurus Teknologi Maklumat UMP dan diiringai oleh Encik Ahmad Rashid bin Abu Bakar dan Encik Hanizam bin Mohd Kassim, Eksekutif Kanan Teknologi Maklumat, UMP.

Lawatan ini bertujuan untuk melihat pelaksanaan projek-projek system aplikasi dan infastruktur ICT secara project based dan tidak bergantung kepada bahagian/unit sedia ada.

Selain itu juga, tujuan lawatan ini adalah untuk membincangkan berkenaan attachment team’ aplikasi PTMK, UMP ke UTMDigital bagi pelaksanaan pembangunan system menggunakan Agile Methodology.

 

BENGKEL PERLAKSANAAN STRATEGIK UTMDIGITAL UNTUK MENYOKONG PGU3 TAHUN 2020

Jabatan Perkhidmatan Digital (UTMDigital) telah mengadakan Bengkel Perlaksanaan Strategik UTMDigital pada 9 hingga 11 Februari 2020. Bengkel ini diadakan di Savannah Hill Resorts, Ulu Tiram, Johor bermula dari jam 8.00 pagi hingga 11.00 malam. Tujuan mengadakan bengkel ini adalah untuk menyokong PGU3 Tahun 2020.

Seramai 34 peserta telah menjayakan bengkel ini. Mereka terdiri daripada Pegawai Teknologi Maklumat UTMJB dan UTMKL, termasuk yang mengikuti Program Attachment dan Ambassador serta Senior Felo IT dan Felo IT. Fasilitator bengkel iaitu Encik Syamizam bin Shahudin daripada Syarikat TM telah dijemput untuk mengendalikan bengkel tersebut.

Bengkel Perlaksanaan Strategik UTMDigital tamat dengan jayanya.