UTMDigital telah menerima lawatan penanda aras dan perbincangan mengenai Agile Methodology dari Universiti Malaysia Pahang (UMP) pada 10 Mac 2020 (Selasa) jam 9.30 hingga 1.00 tengahari. Wakil dari UMP yang hadir adalah seramai tiga orang ini diketuai oleh Timbalan Pengarah, Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi, UMP iaitu Encik Irman bin Khalil, Pengurus Teknologi Maklumat UMP dan diiringai oleh Encik Ahmad Rashid bin Abu Bakar dan Encik Hanizam bin Mohd Kassim, Eksekutif Kanan Teknologi Maklumat, UMP.
Lawatan ini bertujuan untuk melihat pelaksanaan projek-projek system aplikasi dan infastruktur ICT secara project based dan tidak bergantung kepada bahagian/unit sedia ada.
Selain itu juga, tujuan lawatan ini adalah untuk membincangkan berkenaan attachment team’ aplikasi PTMK, UMP ke UTMDigital bagi pelaksanaan pembangunan system menggunakan Agile Methodology.
uefa champions league