TAHNIAH kepada Dr. Masitah binti Ghazali kerana telah dilantik sebagai Felo Akademik IT di CICT berkuatkuasa mulai 5 Ogos 2018 hingga 4 Ogos 2019.
Seluruh warga CICT mengucapkan setinggi-tinggi TAHNIAH di atas pelantikan tersebut dan semoga dengan pelantikan ini akan dapat menyumbang kepada peningkatan penyampaian perkhidmatan ICT berprestasi tinggi kepada seluruh warga Universiti.
Dua orang warga Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (CICT) telah didaftarkan sebagai TEKNOLOGIS BERIJAZAH oleh Lembaga Teknologis Malaysia. Mereka adalah Ts. Dr. Mohd Murtadha bin Mohamad dan Ts. Raziman bin Zakaria telah pada tahun 2018.
Seluruh warga CICT mengucapkan setinggi-tinggi TAHNIAH dan semoga terus cemerlang!
Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (CICT) telah mengadakan lawatan ke Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) pada 27 Ogos 2018 (Isnin) bermula dari jam 9:00 pagi hingga 3:00 petang. Lawatan ini bertujuan untuk melihat pelaksanaan Hyper Converged Infrastructure (HCI) di UniSZA, di samping berkongsi pengalaman dan bertukar pandangan dalam pengurusan infrastruktur ICT.
Delegasi seramai 6 orang ini terdiri daripada Encik Jaffar Sidek bin Haron (Ketua Bahagian IOM), Encik Noor Haslan bin Sallehudin (Unit Keselamatan Infra ICT), Encik Mohd Rozi bin Katmin (Ketua Unit Infra Struktur dan Operasi), Encik Mohd Nor Akmal bin Masrom (Unit Pusat Data) dan diketuai oleh Prof. Madya Dr. Mohd Shahizan bin Othman, CIO/Pengarah CICT.
Majlis perpisahan Dr. Nor Zairah binti Ab Rahim telah diadakan bersama Pengarah CICT, Prof. Madya Dr. Mohd Shahizan bin Othman bersama staf CICT UTMKL. Majlis perpisahan tersebut sempena berakhirnya tempoh perlantikan Dr. Nor Zairah binti Ab Rahim sebagai Felo Akademik IT.
Dr. Nor Zairah binti Ab Rahim adalah pensyarah Kanan di Sekolah Informatik Termaju (UTM AIS), Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur. Beliau telah dilantik sebagai Felo Akademik IT di CICT Kuala Lumpur selama bermula dari 15 September 2016.
Warga CICT mengucapkan setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Dr. Nor Zairah binti Ab Rahim di atas khidmat baktinya semasa bersama CICT.
Siri Wacana Ilmu bertajuk ‘Perisytiharan Harta Sistem HRFin’ telah diadakan pada 8 Ogos, 2018 (Rabu) bertempat di Bilik Mesyuarat Utama Aras 2 CICT. Program bermula jam 2.30 petang hingga 3.30 petang dan dihadiri oleh warga CICT dan PTJ. Cik Nurul Jannah bt Mahmud adalah penceramah Siri Wacana Ilmu kali dan dibantu oleh Encik Abdul Rahman bin Hamzah.
Wacana Ilmu CICT 2018 adalah program anjuran Pusat Teknologi Maklumat (CICT) secara bersiri. Program ini adalah bagi menggalakkan perkongsian pengetahuan, kemahiran dan pengalaman untuk dimanfaatkan selain membantu menambahbaik ke arah penyampaian perkhidmatan yang lebih cemerlang.
Warga CICT yang menghadiri program Wacana ini akan diberi mata CPD.

Siri Wacana Ilmu kali ini bertajuk ‘Pengurusan Projek ICT’ telah diadakan pada 18 Julai, 2018 (Rabu) dan disampaikan oleh Tuan Hj. Roslai bin Paimin, Pegawai Teknologi Maklumat (F52) bertempat di Bilik Mesyuarat Utama Aras 2 CICT. Program bermula jam 2.30 petang hingga 3.30 petang.
Warga CICT yang menghadiri program Wacana ini akan diberi mata CPD.
Jamuan Hari Raya CICT UTM Johor Bahru telah diadakan pada 13 Julai 2018 bertempat di Foyer CICT. Majlis bermula dari jam 8.00 malam hingga 10.00 malam. Majlis dimulai dengan ucapan aluan oleh Pengerusi Badan Kebajikan CICT, Encik Mohd Jamhari bin Mohd Rafiee. Selepas Marhaban, jamuan makan dengan pelbagai juadah seperti ketupat, rendang, lodeh, Mihun/Mi Soto, Laksa Johor, kuih mueh dan pelbagai buah-buahan serta pencuci mulut disediakan untuk semua warga CICT dan keluarga.
Majlis juga diceriakan dengan hadiah cabutan bertuah untuk warga yang bertuah.
Wacana Ilmu CICT 2018 adalah program anjuran Pusat Teknologi Maklumat (CICT) secara bersiri. Program ini adalah bagi menggalakkan perkongsian pengetahuan, kemahiran dan pengalaman untuk dimanfaatkan selain membantu menambahbaik ke arah penyampaian perkhidmatan yang lebih cemerlang.
Siri Wacana Ilmu kali ini bertajuk ‘Pengurusan Projek ICT’ telah diadakan pada 18 Julai, 2018 (Rabu) dan disampaikan oleh Tuan Hj. Roslai bin Paimin, Pegawai Teknologi Maklumat (F52) bertempat di Bilik Mesyuarat Utama Aras 2 CICT. Program bermula jam 2.30 petang hingga 3.30 petang.
Warga CICT yang menghadiri program Wacana ini akan diberi mata CPD.
‘Demi Sukan Untuk UTM’….itulah cogankata dari semua warga UTM yang menyertai sukan di Universiti Malaysia Pahang bermula dari 10 – 18 Ogos 2018. Seramai 12 warga CICT telah terlibat secara langsung dalam sukan berkenaan.
Pertandingan yang disertai oleh warga CICT di Sukan Antara Universiti tersebut antaranya;
Games Catur – Pengarah CICT PM Dr Shahizan bin Othman
Games Bowling – En Abd Haris bin Ismail
Games Basikal – En Sharul bin Ismail
En Mohd Hamri bin Md Yusuf
En Mohd Subha bin Salleh
En Azmi bin Kamis
En Mohd Safudin bin Nordin
Games Badminton – Cik Nurul Hamizah binti Mohd Amin
Games Olahraga – Pn Rohaya binti Dahar
En Mohd Safudin bin Nordin
Games Futsal Wanita – Pn Ruziah Abd Rahman
Games Bola Sepak – En Muhammad Irham Sauti bin Ishak CICTKL
Warga CICT mengucapkan TAHNIAH dan SYABAS kepada semua peserta yang telah menjadi wakil CICT dan UTM dalam Sukan Antara Universiti dan TAHNIAH sekali lagi kepada peserta yang telah berjaya.