TAHNIAH!!

Sekalung tahniah diucapkan kepada Encik Mohammed Bin Mohd Hasni kerana telah berjaya dalam penilaian professional dan berjaya mendapat pengiktirafan sebagai Teknologis Profesional (Ts.) dan Juruteknik Bertauliah (Tc.).  36 calon lain yang turut sama dalam penilain tersebut juga telah Berjaya mendapat pengiktirafan tersebut oleh pihak MBOT.

Tahniah En Mohamed bin Hasni di atas pengiktirafan sebagai Teknologies Profesional (Ts) dan semoga terus cemerlang di masa mendatang.

MAJLIS BERSAMA NAIB CANSELOR (JUN) & MAJLIS TAUTAN UKHUWAH AIDILFITRI 2019

Majiis Bersama Naib Canselor & Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri 2019 telah diadakan pada 20 Jun 2019 (Khamis )   Majlis Bersama Naib Canselor bermula jam 9.00 pagi di Dewan Alumni, UTM JB dan Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri 2019 bertempat di Dataran UTM.

 

Majlis Sambutan Peringkat Universiti ini akan memfokuskan kepada elemen utama iaitu:-

  1. Melarangpenggunaan Plastik-Pakai-Buang pada majlis rasmi universiti bermula dengan Majlis Tautan Ukhwah sehingga disebarluaskan ke seluruh UTM selepas itu.
  2. Semua staf CICT diiwajibkanmembawa bekas makanan dan bekas minuman serta beg fabrik (woven bag) yang dibawa sendiri selain sudu/garpu yang bukan berasaskan plastik.
  3. Galakan setiap PTJ/Unit yang mengendalikan penyediaan makanan di setiap Lot Khemah menggunakan kaedah buffet traydan mengelakkan/melarang penggunaan sebarang beg plastik, penyedut minuman (straw), bekas minuman plastik serta sudu/garpu berasaskan plastik.
  4. Menggunakan hanya bekas makanan/plastik terbiodegradasi dan berasaskan tumbuh-tumbuhan seperti kanji dan selulosa.
  5. Menggalakkan staf utk makan dan berukhwah sesama sendiri di lokasi berbanding terus membawa pulang makanan. Lokasi khas khemah akan disediakan bagi memudahkan staf.
  6. Memberikan kesedaran mengenai pembaziran makanandan pelupusan sisa makanan yang sesuai semasa program. Lokasi tong sampah yang bersesuaian akan disediakan.

 

Pihak Universiti menerusi jalinan kerjasama Pusat Islam UTM dan beberapa PTJ/Unit yang mengendalikan majlis ini berharap program ini akan membantu meningkatkan reputasi serta imej kelestarian ke arah mencapai Matlamat Pembangunan Lestari (SDGs).

 

Pada tahun ini semua staf UTMJB meraikan Majlis Hari Raya tanpa plastik dan diminta membawa bekas makanan & minuman yang secukupnya untuk tujuan di makan di Dataran UTM dan bukan untuk tujuan dibungkus dibawa balik ke pejabat demi mengamalkan gaya hidup lestari..

 

Gerai CICT bernombor 7 telah menyumbangkan menu Nasi Jagung dan Ayam Masak Merah.

 

Majlis meriah tersebut berakhir pada jam 10.00 pagi.

      

    

SESI BERGAMBAR BERSAMA PENGARAH CICT

Seperti kebiasaannya, Pejabat Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (CICT) telah mengadakan Sesi Bergambar Raya warga CICTJB bersama Pengarah CICT bersempena dengan kedatangan Syawal 1440.  Sesi ini telah diadakan pada 26 Mei 2019, Ahad bermula jam 8.00 pagi hingga 9.30 pagi.

 

Lokasi bergambar kali ini adalah di Tasik UTM Johor Bahru (berdekatan dgn Rumah Tropika UTM) dengan tema pakaian ‘Baju Raya’.  Semua warga CICT, UTM Johor Bahru dan felo CICT telah sama-sama menjayakannya dengan wajah ceria hari raya.

                

 

 

SESI SUA MESRA NAIB CANSELOR BERSAMA STAF CICT

Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (CICT), UTM telah menganjurkan program Sesi Engagement YBhg Naib Canselor Bersama Staf CICT pada 08 Mei 2018 (Rabu).   Sesi yang bertajuk Engagement Session YBhg. Datuk Naib Canselor bersama staf CICT ini bermula dari jam 11.00 pagi dan bertempat di Dewan Seminar, Aras 4, CICT UTM Johor Bahru.

 

Bacaan doa oleh Encik Wan Mat bin Wan Sulaiman telah mendahului program dan diikuti oleh taklimat dan pembentangan Pengarah CICT selaras dengan sesi Morning Briefing with Director of CICT pada 05 Mei 2019 iaitu Pelaporan KAI, Pencapaian Prestasi, Program We Care dan Program Amal Bakti.

 

YBhg Naib Canselor telah mengulas taklimat yang telah diberikan sebelum ini dalam  Perhimpunan Naib Canselor bulan Mei 2019 yang telah diadakan pada tarikh yang sama jam 8.00 pagi di Dewan Sultan Iskandar.  YBhg Naib Canselor juga telah menjawab beberapa kemusykilan yang diajukan oleh warga CICT.

 

Kehadiran warga CICTJB dan CICTKL (Video Conference) telah direkodkan ke UTMSMILE.

  

 

MORNING BRIEFING WITH THE DIRECTOR OF CICT

Sesi Morning Briefing with Director of CICT bersama semua staf Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (CICT) telah diadakan pada 05 Mei 2019 (Ahad) bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 2, CICT.   Majlis bermula pada jam 8.15 pagi hingga 10.00 pagi.

Morning Briefing ini adalah mengenai perkembangan dan aktiviti CICT untuk tahun 2019 bermula Januari.  Penjelasan dari semua bahagian telah disampaikan oleh Ketua Bahagian masing-masing termasuk Pengerusi Badan Kebajikan CICT.

Sesi perkongsian ini diadakan untuk memberikan maklumat pencapaian suku tahun pertama dan perancangan suku tahun kedua bagi tahun 2019.  Selaras dengan sesi Engagement with VC yang akan diadakan pada 8 Mei 2019 di Dewan Seminar CICT, diharapkan semua warga CICT telah sedia maklum tentang pencapaian dan perancangan CICT pada tahun 2019.

KONVENSYEN ANUGERAH TEKNOLOGI MAKLUMAT (ATM) 2018

 

Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (CICT), UTM Johor Bahru telah menganjurkan Konvensyen Anugerah Teknologi Maklumat (ATM) 2018 pada 30 April 2019 (Selasa).  Tujuh (7) Fakulti/Sekolah telah menyertainya iaitu MJIIT, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), Fakulti Sains, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Sekolah Kejuruteraan Elektrik, Sekolah Komputeran dan UTM Lead.  Pembentangan bermula dari jam 9.00 pagi hingga 1.00 tengahari bertempat di Bilik Ruckus, Aras 2, CICT, UTM Johor Bahru

 

Semua warga UTM juga telah dijemput untuk sama-sama hadir ke konvensyen ini bagi menyaksikan pembentangan /sesi perkongsian inovasi tersebut.

 

Kehadiran staf UTM telah diambil kira sebagai mata CPD dalam sistem UTMSmile.

 

       

UCAPAN TAHNIAH KEPADA GRADUAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Seramai 1,757 orang graduan telah menerima ijazah dan diploma masing-masing bersempena dengan Majlis Konvokesyen UTM Kali Ke-62 yang telah berlangsung pada 29 hingga 30 April 2019, dalam tiga sesi penganugerah. Daripada jumlah keseluruhan penerima, seramai 227 orang graduan menerima Ijazah Doktor Falsafah, 741 orang graduan Ijazah Sarjana, 741 orang graduan lain Ijazah Sarjana Muda, dan 48 orang graduan Diploma. Selain itu, seramai 232 graduan daripada jumlah tersebut merupakan graduan antarabangsa, dengan pelajar dari Nigeria mencatatkan jumlah graduan tertinggi seramai 45 orang. Tahniah diucapkan kepada para graduan!

Salah seorang daripada penerima Ijazah tersebut adalah staf Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (CICT) telah berjaya menamatkan pengajian iaitu Puan Zuraidah bte Yahya telah dianugerahkan Sarjana Muda Sains Komputer (Rangkaian dan Keselamatan Komputer).   Penyampaian ijazah telah disempurnakan oleh Pro-Canselor UTM, iaitu YBhg. Tan Sri Dr. Salleh bin Mohd. Nor.

CICT khususnya dan UTM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah kepada semua graduan dan terutama kepada Puan Zuraidah bte Yahya.  Tahniah dan Syabas!

Majlis Tahlil Perdana, Ceramah Ambang Ramadhan Dan Majlis Persaraan Staf

Bahagian Pengurusan Korporat CICT (BPKCICT) dengan kerjasama Badan Kebajikan CICT (BKCICT) telah menganjurkan Majlis Tahlil Perdana, Ceramah Ambang Ramadhan Dan Majlis Persaraan Staf yang diadakan pada 25 April 2019 (Khamis).  Majlis bermula pada jam 10.00 pagi bertempat di Dewan Seminar, Aras 4, CICT.

Majlis dimulai dengan bacaan doa oleh Encik Wan Mat bin Wan Sulaiman dan Ceramah Ambang Ramadhan telah disampaikan oleh YBhg. Ustaz Juhazren bin Junaidi, Pensyarah dari Fakulti Sains Sosial Dan Kemanusiaan, UTM Johor Bahru.

Majlis diikuti oleh ucapan perpisahan daripada Tuan Haji Samsudin bin Nyat dan Encik Zainal bin Ami serta majlis penyampaian cenderahati bagi staf bersara dan staf yang menyambut ulang tahun kelahiran dari bulan Januari hingga bulan April 2019.

Majlis diakhiri dengan majlis makan berdulang beramai-ramai bagi merapatkan lagi hubungan silaturahim dan ukuwah dikalangan sesama staf CICT dan pelajar praktikal.

      

LAWATAN KERJA KETUA SETIAUSAHA NEGARA BAGI MAJLIS PERASMIAN PUSAT DATA BAHARU UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM), JOHOR BAHRU

Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (CICT), UTM Johor Bahru telah menerima kunjungan daripada Ketua Setiausaha Negara ke CICT bagi majlis perasmian Pusat Data baharu pada 15 April 2019 (Isnin).  Majlis bermula pada jam 12.00 tengahari bertempat di Ruang Showcase, Aras 2, CICT, UTM Johor Bahru.

Kehadiran YBhg. Datuk Seri Dr. Ismail bin Haji Bakar, Ketua Setiausaha Negara telah diiringi oleh YBhg. KSU Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, YBhg. KSU Kementerian Hal Ehwal Ekonomi, YBhg. Dato’ Azizan bin Mohamad Sidin, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan, Kementerian Pendidikan Malaysia dan YBhg. Datin Paduka Ir. Siti Hamisah binti Tapsir, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi Kementerian Pendidikan Malaysia, serta beberapa pegawai kanan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.

Semua warga CICT telah mengambil peluang untuk sama-sama melihat Showcase Digital Life Style yang berlangsung pada hari tersebut.

Aturcara majlis adalah seperti berikut :

12:20 tengahari: Sampai di CICT dan terus merasmikan Pusat Data UTM.

12:30 tengahari: Lawatan ke UTM Digital Lifestyle Showcase

12:50 tengahari: Pelancaran Foodbank (KPDNHEP)

1:00 ptg: Pertemuan YBhg KSN dengan JPU UTM

YBhg. Datuk Seri Dr. Ismail bin Haji Bakar dan rombongan turut merasai pengalaman Kampus Digital yang turut dipamerkan bagi memenuhi keperluan revolusi industri (IR) 4.0.  Semoga teknologi yang dihasilkan di UTM ini dapat dimanfaatkan untuk kegunaan semua, seterusnya dikembangkan potensinya ke peringkat antarabangsa.

Tahniah diucapkan kepada semua warga CICT yang bersama-sama menjayakan lawatan kerja KSN ini.

PROGRAM GOTONG ROYONG SEMPENA LAWATAN KETUA SETIAUSAHA NEGARA (KSN) KE CICT UTM JOHOR BAHRU

Semua warga CICT UTM Johor Bahru dan pelajar praktikal CICT telah sama-sama berganding bahu menjayakan Program Gotong Royong Sempena Lawatan Ketua Setiausaha Negara (KSN) ke CICT UTM Johor Bahru pada 14 April 2019 (Ahad) bermula jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari bertempat di Foyer dan Gallerium CICT.

Sokongan dan kerjasama semua warga CICT UTM Johor Bahru dan pelajar praktikal CICT amatlah dihargai dan diucapkan terima kasih.

 

AGIHAN MENGIKUT BAHAGIAN/UNIT
PROGRAM GOTONG ROYONG SEMPENAN LAWATAN KETUA SETIAUSAHA NEGARA (KSN)
14 APRIL 2018 (AHAD)
ZON UNIT/SEKSYEN TEMPAT KETUA
A BAHAGIAN PENGURUSAN PEMBANGUNAN APLIKASI (ADM) Foyer CICT
Tuan Haji Roslai bin Paimin
Encik Nahizam bin Mohamed Top
Puan Azilawati binti Arba’ai
B BAHAGIAN PENGURUSAN INSFRASTRUKTUR DAN OPERASI (IOM) Gallerium CICT
Puan Siti Faridah binti Shikh A. Rahman
BAHAGIAN PENGURUSAN KORPORAT (BPK) Encik Helmee bin Yaacob
Encik Mohd Farid bin Sarji
BAHAGIAN PENGURUSAN STRATEGIK Encik Mohd Zahari bin Zainal Abidin