Kuching, Sarawak

Saya berada di Kuching, Sarawak dari 22 Oktober hingga 24 Oktober 2023 yang lepas. Ini merupakan pertama kali saya menjejakkan kaki di Sarawak. Alhamdulillah cita-cita sejak kecil tertunai.

Gambar ini dirakam di Riverside Sarawak. Merupakan satu tempat yang menjadi tumpuan pelancong dan penduduk tempatan bersiar-siar. Di sekitar sungai Sarawak ini, terdapat kedai makan, kedaia cenderahati dan pelbagai lagi. Kedai Kek Lapis Mama Shu pun ada di sini.

Saya berada di atas jambatan Darul Hana semasa merakam gambar ini. Saya tidak pasti sama ada larangan drone di sini.

Anuergah Penerbitan Citra Karisma 2023

Alhamdulillah..tak sangka tersenarai dalam penerima anugerah ini. Pada tahun lepas pun dapat juga.

Tak sangka, sebab penerbitan dalam Q1 dan Q2 untuk tahun 2022 kurang dari 2021. So memang tak expect apa-apa anugerah.

Tapi, betullah kata orang, kalau kita mengharap anugerah dari sesuatu atau seseorang ..dan kemudian tak dapat, rasa kecewa tu memang terasa sangat. Tapi kalau kita mengharapkan sesuatu dari Allah, tapi kita tak dapat..kekecewaan tu rasanya akan terhapus sendiri, sebb kita ni hanyalah hambaNya. mungkin ada rezki lain yang Allah nak bagi.

Warna Warni UTM

Shot pakai drone di ketinggian 100m dari tanah di Fakulti Kimia.

Sememangnya kecantikan sebenar suasana sewaktu saya ambil gambar ni tak boleh lawan. sensor drone ni ada limitaion in terms of size sensor yang akan mempengaruhi dynamik warna yang kamera ni boleh simpan.

Lagi besar sensor, lebih banyak dinamik warna dan details of the subject yang boleh disimpan unutk post processing.

Gambar ini saya cuba sedaya upaya unutk reflect suasana tersebut. ,..tak dapat 100%

Tengahari di UTM

Selalunya, saya akan fly di waktu senja atau subuh kerna warna langit pada masa itu sangat mendamaikan dan berwarna berbanding tengahri.

memotret landscape terutamanya pada waktu tengahari adalah suatu perkara yang sangat mencabar. Mencabar dari segi ketahanan badan (sebab panas terik) dan juga kesabaran dalam mengolah semula gambar yang diambil. Gambar yang dirakam ketika awktu tengahari amat contast dan sukar unutk diedit. Tetapi bergantung kepada nasib..kalau tengahari tersebut ada ketikanya mendung, makan kuranglah sikit contrastnya..masa tu boleh tekan butang klik.

Alhamdulilah saya rakam gambar ini ketika mendung dan ada warna biru langit sedikit.

tempat merakam: point view dari Fakulti Kimia