Tag Archives: DJI Air 2 s

DJI Air 2 s- WOW

Hari ini 15 November 2021, DJI Air 2 s saya sampai. Agak besar dan berat berbanding dengan DJI Mini saya. Mempunyai sensor imej sebesar 1 inchi mungkin memudahkan proses editing kerana dynamic range yang ditawarkan adalah lebih besar berbandind DJI Mini saya yang tidak mempunyai RAW file dan saiz sensornya juga agak kecil.

Perlu update sebelum terbang. Memakan masa 15 minit juga unutk keseluruhan update. Pukul 6.30 saya berada di padang kawad UTM..Hanya untuk ujian ringkas.

Tangkas, laju dan berkuasa!..itu yang saya dapat rasa semasa menerbangkan DJI Air 2 s ini buat kali pertama. Pengalaman yang begitu mengujakan , berlainan sekali dengan DJI Mini saya yang agak tidak responsive dan kurang berkuasa.

What you pay is what you get!

Saya setuju unutk DJI Air 2 s ini kerana berbaloi dengan harganya. Memang tidak puas dengan hanya satu bateri, tapi saya rasa memadai dengan satu bateri sahaja dulu kerana hraganya boleh tahan mahal RM500 seunit. Banyak lagi hal dan perkara yang perlu dibeli dahulu…macam nak upgrade skrin monitor lah kepada 27 inchi ! hahah

Ujian yang ringkas ringkas sahaja. Saya tak berani lagi kerana belum tahu perangai sebenar DJI Air 2 s ini. Cuaca pulak pada petang tadi agak mendung dan kurang UMPPH!

OK inilah hasil RAW file panoramic version..ada 9 keping gambar yang dicantum. Saiz file memang agak besar dan berat..tapi puas hati untuk proses editing saya.