macam mana nak kecilkan size video?

Semasa musim PKP ahri tu..semua pembelajaran peringkat universiti diminta untuk dibuat secara on-line. maka bergegas gegaslah para pendidik meneroka sisi pengajaran online yang sebelum ini dipandang sepi. Kenapa dipandang sepi? pendapat syaa, sepi kerana pembelajaran didapati lebih efektif secara bersemuka (ini terbukti ye semasa PKP tempohari) dan lagi satu kerana fasiliti yang disediakan amat mendukacitakan. Internet speed yang mempunyai latency yang tinggi, tidak stabil dan sever yang slow amat.

Tapi sebab PKP, nak tak nak kena buat jugak lah. Rata-rata akan rakam video masing masing menggunakan kebijaksanaan masing masing.  Saya selalunya akan rekod dalam 10 minit hingga 15 minit je sebab saya faham..ramai student akan hilang fokus kalau lama lama.

Lepas dah buat video, seronok lah para pendidik kerana dah lepas satu stage. Stage yang mencabar adalah nak upload platform mana? Youtube la..paling mudah dan senang..tapi ada pro dan kontra yang saya tak akan sentuh di sini.

Ada yang mengelak guna youtube, mereka akan submit dalam whasap group masing masing..tapi terkejut pulak sebab tak boleh UPLOAD sebab filenya besar sangat! so nak kena kecilkan size..haaa..di sini lah kita akan mula jumpa pak cik google sekali lagi macam mana nak kecilkan size.

kalau sesapa langgan Adobe Creativecloud boleh gunakan encoder….kalau yang tak de tu ada satu lagi alternatif yang mudah, efficient and percuma. iaitu dengan menggunakan software handbrake.   Setkat ini, perisian ini yang terbaik.!

donwload handbrake:

https://handbrake.fr/