Tag Archives: video

macam mana nak kecilkan size video?

Semasa musim PKP ahri tu..semua pembelajaran peringkat universiti diminta untuk dibuat secara on-line. maka bergegas gegaslah para pendidik meneroka sisi pengajaran online yang sebelum ini dipandang sepi. Kenapa dipandang sepi? pendapat syaa, sepi kerana pembelajaran didapati lebih efektif secara bersemuka (ini terbukti ye semasa PKP tempohari) dan lagi satu kerana fasiliti yang disediakan amat mendukacitakan. Internet speed yang mempunyai latency yang tinggi, tidak stabil dan sever yang slow amat.

Tapi sebab PKP, nak tak nak kena buat jugak lah. Rata-rata akan rakam video masing masing menggunakan kebijaksanaan masing masing.  Saya selalunya akan rekod dalam 10 minit hingga 15 minit je sebab saya faham..ramai student akan hilang fokus kalau lama lama.

Lepas dah buat video, seronok lah para pendidik kerana dah lepas satu stage. Stage yang mencabar adalah nak upload platform mana? Youtube la..paling mudah dan senang..tapi ada pro dan kontra yang saya tak akan sentuh di sini.

Ada yang mengelak guna youtube, mereka akan submit dalam whasap group masing masing..tapi terkejut pulak sebab tak boleh UPLOAD sebab filenya besar sangat! so nak kena kecilkan size..haaa..di sini lah kita akan mula jumpa pak cik google sekali lagi macam mana nak kecilkan size.

kalau sesapa langgan Adobe Creativecloud boleh gunakan encoder….kalau yang tak de tu ada satu lagi alternatif yang mudah, efficient and percuma. iaitu dengan menggunakan software handbrake.   Setkat ini, perisian ini yang terbaik.!

donwload handbrake:

https://handbrake.fr/

Bali

Kompilasi video kunjungan kami ke Bali…banyak tempat boleh dilawati tapi tak puas dan kepenatan.

Kalau nak pergi sesuatu tempat, tak boleh ramai-ramai kerana nanti banyak kepala. ada kepala yang suka pi shopping je..ada kepala yang suka pergi tempat tempat sunyi…ada kepala suka pergi waktu senja..ada kepala tak suka jalan jalan, nak duduk hotel je…haaaa..banyak sangat. semua tempat nak pi, tapi semuanya tak sempat nak explore betul betul. controh terbaik adalah Tanah Lot.Tempat tu sesuai pergi waktu senja kerana matahri terbenam, tapi sebab nak suite kan dengan kepala yang lain lain, terpaksa pergi waktu tengahri yang amat panas pulak waktu tu

spesifikasi desktop / laptop untuk video dan photo editing

Saya sedang mencari sebuah pc atau laptop yang brkemampuan untuk edit video dan photo dengan lancar.  Saya lebih prefer refurbished item sebab harga boleh dapat murah murah berbanding yang baru..tapi saya masih terbuka.

Antara spesifikasi yang diperlukan (saya punya benchmark) merujuk kepada pembacaan saya adalah:

  1. CPU: CPU perlu multi-core. lagi banyak core dan multi-thread lagi bagus sebab proses akan lebih laju kerana setiap proses bolh dijalankan secara serentak (parallel).  Untuk intel, intel i-7 ke atas adalah pilihan yang baik..tapi selalunya CPU intel ni datang bukan dalam banyak core.  AMD Rayzen 7 adalah pilihan masa kini dengan 6 core dan lebih. tapi Rayzen based ni tak de lagi yang refurbished.
  2. RAM: RAM paling minimum 16GB, tapi bagi saya better 32GB terus (Future proof :)). DDR3 saya rasa masih ok..tapi kalau harga DDR4 boleh dapat yang ok, ok lag jugak sebab dengar DDR5 dah nak keluar.
  3. Hard disk: Perlu ada dua iaitu SSD dan HDD.  Solid state disk tu perlu untuk digunakan untuk simpan Windows OS dan program editing yang berat macam Photoshop, Lightroom dan Premier Pro.  HDD pula perlu untuk storan file file video / foto yang besar.
  4. Monitor: monitor perlu yang besar 21 inchi atau 27 inchi dah cukup.  Tapi yang penting, colour reproduction mesti yang tepat.

AC Motor Drive- Secara ringkas

Salam

Saya ada buat video menerangkan secara ringkas apa itu Pemacu Motor AC.  Motor AC ini ada pelbagai jenis namun yang popular adalah motor induction.  Untuk pengetahuan semua, Brushless dc motor tau nama ringkasnya BLDC motor adalah kategori AC motor ye..bukan DC motor. Binaannya sama dengan DC motor tapi tiada brush commutator dan secara prinsipnya, penghasilan torque adalah disebabkan induction dan menggunakan ac voltage. BLDC mempunyai struktur yang ringkas, ringan dan lassad. Disebabkan itu, BLDC motor ini lebih popular digunakan berbanding induction motor dalam peralatan boleh-alih.