Research Reset 2020

Salam

Secara jujur prestasi penyelidikan saya agak merundum sejak 2016. Kemuncak sekitar 2012-2015. Masa tu banyak jugak jurnal berimpak tinggi. Masa tu Q1 dan Q2 baru nak diperkenalkan. Saya pernah tercalon untuk anugerah penyelidik muda peringkat UTM.

Banyak faktor. Antaranya adalah peluang untuk mendapatkan geran penyelidikan tempatan. Kehilangan pelajar antarabangsa berpotensi. Kebanyakan pelajar ini tidak mempunyai biasiswa dan mengharapkan ketua projek untuk membayar elaun.

Bidang saya ni, kebanyakan pelajar tempatan tidak berapa minat sebab tahap kesukaran yang tinggi melibatkan modelling, simulation dan implementasi perkakasan. Kebanyakan, semua takut dengan perkakasan.

hari ini dapat khabar pelajar phd saya yang sekrang berada di Pakistan mengenai penerimaan artikel kami di Jurnal

Sustainable Energy Technologies and Assessments

Semak punya semak, journal ni berada dalam Q2..kira tinggi jugaklah martabat jurnal ni..Alhamdulillah.

Semangat dah ada balik..saya nak reset semula..nak lonjak kan balik prestasi penyelidikan saya agar semakin berkembang…doakan kejayaan saya ye!