Anda Berminat menjadi Pensyarah?

Mungkin ramai yang tertanya tanya best ke jadi pensyarah ni? Kalau soalan ini ditujukan kepada saya, Ya..kerjaya penysarah ini amat fleksible terutamanya dari segi masa.

Namun begitu ada beberapa keperluan yang perlu anda penuhi sebelum bergelar pensyarah. Di antaranya adalah keperluan unutk mendapatkan PhD. Rata-rata universiti awam dan universiti swasta yang berprestij seperti Universiti Teknologi Petronas, Universiti Multimedia, amatlah perlu untuk seseorang pensyarah tersebut mempunyai PhD.

Ada ke Biasiswa PhD???? sbb nak harap MyBrain..memang dah tak de kan

Untuk universiti awam, BERGANTUNG KEPADA KEKOSONGAN DAN KEPERLUAN, mereka akan buka tawaran biasiswa kepada anak Malaysia untuk jawatan pensyarah. Skim ini dinamakan SKIM LATIHAN AKDEMIK MALAYSIA (SLAM). Bolehlah kepada yang berminat untuk riki riki pusat sumber manusia universiti berkenaan.

Selain dari requirement PhD, untuk kursus kejuruteraan yang terikat dengan akreditasi EAC, maka amat digalakkan untuk memohon Profesional Jurutera (Ir). Di Malaysia, ada dua jenis Ir..iaitu Ir bercop bulat dan Ir bercop Hexagon. Heaxgon ni lebih untuk mereka yang berkerjaya jurutera pengajar seperti pensyarah.

Jika anda ada PhD dan ada Ir, nilai anda sebagai pensyarah akan jadi lebih tinggi…andai anda nak menukar selera ke universiti lain..nilai Ir ini akan menjadi tarikan universiti berkenaan untuk mengambil anda bekerja.

Selepas diterima..haaaa…kenalah penuhi KPI yang ditetapkan. Setiap universiti mempunyai KPI yang berbeza beza bergantung kepada hala tuju universiti masing-masing. Untuk Universiti penyelidikan seperti UM, UPM, UKM, USM dan UTM,,,sudah tentu KPI lebih tertumpu kepada geran penyelidikan, penerbitan makalah berimpak tinggi, penyeliaa pelajar pasca siswazah dan juga patent.

Di universiti penyelidikan, hanya makalah jurnal berstatus ISI Q1 dan Q2 sahaja yang akan dikira dari markah kualiti. Sukar untuk capai sekiranya anda tiada pelajar pasca siswazah