Tag Archives: petang

Tasik ILmu UTM

Tasik Ilmu UTM ni adalah merupakan temnpat pertama yang saya kunjungi semasa saya sedang cuba belajar sendiri sendiri unutk mengambil gambar lanskap. Selain tasik ini, pantai Teluk Cempedak juga merupakan tempat terawal yang saya gunakan untuk mempelajari gambar landscape secara serius.

Tasik ini menjanjikan pelbagai ruang unutk kita mengasah bakat. Memang tidak dinafikan ..itu adalah benar. Komposisi yang betul betul baik dan olahan post processing sahaja yang dapat menyerlahkan kecantikan tasik ini dalam gambar…

Kalau anda pelajar UTm atau staff UTM dan ingin mencuba bidang foto landskap ini, silalah ke Tasik Ilmu UTM ini di waktu matahari terbit, senja atau lewat petang.

Gambar di bawah ini saya rakam pada 12 Oktober 2021. Gambar pertama setelah 2 tahun tidak ke tasik ini. Banyak pembaharuan dilakukan unutk mencantikkan tasik ini.

The photo is allowed to be used for academic or non-commercial purposes only. If you require a larger resolution please contact me. Photo credit should be given to shahrin bin md ayob