Monthly Archives: November 2021

Panorama Air 2s

Salam to all

Saya telah beberapa kali membuat uji pandu DJI Air 2 s ini. Seperti yang pernah saya tulis, ia amat tangkas-jauh berbeza dengan DJI Mini saya yang lepas.

Saya terbang dengan lebih yakin cuma masih ada ketakutan dalam diri sendiri serba sedikit kerana dengan ketinggian 100m, saya dah tak nampak dah saya punya drone dekat mana. Mungkin orang lain lebih berani.

Kali ini saya menguji fungsi panorama ini. DJI Air 2 s ini membenarkan kita menyimpan dalam file jpeg (yang telah dicantum) dan file dng (raw) yang masih bercerai.

File dng lebih baik kerana details yang disimpan amat tinggi berbanding jpeg. tetapi kualiti jpeg yang dihasilkan dalam panorama ini pun dah cukup memuaskan.

nak cantumkan file dng (panorama) dalam Photoshop memang amat berat. PC saya 2 kali hang. Kalau nak cantum dalam Lightroom, ia lebih ringan tetapi hasil cantuman yang saya dapat tak sama dengan hasil jpeg yang dibuat dalam DJI itu sendiri. Garisan horizon memang jelas melengkung.

So, apa yang harus dibuat?

Saya guna adaptive wide angle filter dalam photoshop untuk untuk menegakkan garisan melengkung. Hasilnya amat memuaskan!

ini adalah hasil cantuman di Lightroom sebelum menggunakan penapis wide angle
selepas guna penapis wide angle
default

DJI Air 2 s- WOW

Hari ini 15 November 2021, DJI Air 2 s saya sampai. Agak besar dan berat berbanding dengan DJI Mini saya. Mempunyai sensor imej sebesar 1 inchi mungkin memudahkan proses editing kerana dynamic range yang ditawarkan adalah lebih besar berbandind DJI Mini saya yang tidak mempunyai RAW file dan saiz sensornya juga agak kecil.

Perlu update sebelum terbang. Memakan masa 15 minit juga unutk keseluruhan update. Pukul 6.30 saya berada di padang kawad UTM..Hanya untuk ujian ringkas.

Tangkas, laju dan berkuasa!..itu yang saya dapat rasa semasa menerbangkan DJI Air 2 s ini buat kali pertama. Pengalaman yang begitu mengujakan , berlainan sekali dengan DJI Mini saya yang agak tidak responsive dan kurang berkuasa.

What you pay is what you get!

Saya setuju unutk DJI Air 2 s ini kerana berbaloi dengan harganya. Memang tidak puas dengan hanya satu bateri, tapi saya rasa memadai dengan satu bateri sahaja dulu kerana hraganya boleh tahan mahal RM500 seunit. Banyak lagi hal dan perkara yang perlu dibeli dahulu…macam nak upgrade skrin monitor lah kepada 27 inchi ! hahah

Ujian yang ringkas ringkas sahaja. Saya tak berani lagi kerana belum tahu perangai sebenar DJI Air 2 s ini. Cuaca pulak pada petang tadi agak mendung dan kurang UMPPH!

OK inilah hasil RAW file panoramic version..ada 9 keping gambar yang dicantum. Saiz file memang agak besar dan berat..tapi puas hati untuk proses editing saya.

Mavic 3 Dilancarkan

Produk DJI yang dinantikan sepanjang tahun 2021 ini akhirnay dilancarkan. Kali ini memberikan pembaharuan yang ketara berbanding Mavic 2. Ia datang dengan dua kamera Hasleblade iaitu telephoto lens dan wide angle lens. Rasanya kedua duanya mempunyai mekanikal shutter dan variable aperture.

Siaz sensor pun lebigh besar dan ioni memberi kelebihan untuk imej dalam keadaan low lighting. Siaz bateri juga agak besar dan masa penerbang…WOW..46 minit..hampir 1 jam terbang!

Dari review yang saya lihta memang rata rata memuji rekaan Mavic 3 yang tampak lebih solid dan lebih pro. Tetapi harganya yang agak tinggi mungkin menyebabkan pembelian tak dapat nak diteruskan..cecah RM8k untuk yang asas..manakala jenis CINE pula menjangkau RM12k!.

Untuk prosumer macam saya ni, saya rasa lebih sesuai dengan Air 2s sebab bukan selalu dapat terbang. Saya rasa Mavic 3 ini sudah lebih kepada unutk kegunaan profesional.

Reflection of sky Bandar Dato Onn

GoPro hero juga mempunyai kualiti gambar yang baik..tetapi jangan expect dynamic range setaraf DSLR. Ini kerana GoPro ini mempunyai saiz sensor imej yang sangat kecil..saya rasa 1/2 inch je saiznya atau pun munkin lagi kecil sedikit dari itu.

Untuk gambar under low light condition memang susah sikit nak dapat yang kurang noise. So kalau nak ambil gambar menggunakan GoPro pastikan ligthing adalah mencukupi.

Ok gambar imej ini dirakam secara RAW file (.GPR). Dalam GoPro ni, setting ultrawide angle je yang dibenarkan untuk enable RAW file capture. Selain dari tu mmng hanya boleh shoot as jpeg sahaja.

So bila shoot RAW ni memang banyak post processing perlu dilakukan. Tetapi saya memang suka bab bab post processing ni sebab berasa puas.

Lupa pula nak beritahu. imej ini dirakam setelah matahari naik sedikit..so tak lah terik sangat dan secara kebetulan banyak awan, so cahaya matahari tak direct dan cantik sikit disebnalik awan. Ini disekitar kawasan taman Masjid Sultan Ibrahim di Bandar Dato Onn. Tempat ini memang luas dan menjadi tumpuan para penduduk di kawasan itu berekreasi bersama keluarga.

C:\DCIM\100GOPRO\GOPR0234.GPR

HERO 9 First Landskap Photo

Ini merupakan gambar pertama yang dirakam menggunakan RAW format dari HERO9 Black. Memang OK tapi sensor saiz yang kecil membataskan high dynmaic range. So noise pun akan timbul. Tapi dalam RAW format ni..informasinya masih banyak berbanding JPEG. So, you have plenty of room to play with the image.

Saya edit menggunakan Lightroom

DCIM100GOPROGOPR0107.JPG