Tag Archives: masjid

Masjid Darul Quran JAKIM

Perjalanan ke sini dari tanjung Malim memakan masa selama lebih kurang 30 minit..itu pun kalau tak banyak lori sebab jalan yang dilalui adalah jalan negeri (2 lorong).

Pada mulanya saya berkira-kira juga untuk ke sini kerana ia berada di dalam kawasan pusat tahfiz yang dikelolakan oleh JAKIM. So, bukan semua orang ada akses ke dalam.

Sedang saya melihat lihat dalam google site, tempat apa yang menarik di sini, saya terpandang tentang review orang ramai akan tempat Darul Quran ini. Dari review ini, baru saya tahu bahawa tempat ini juga dibuka untuk orang luar tetapi perlu lah maklumkan kepada pengawal yang bertugas.