Kelmarin @ UTM

Kelmarin, hari Sabtu..langit petang macam cerah walapun dari kejauhan di Pulai nampak awan tebal. Tapi di sekitar UTM dan Taman Universiti, cuaca agak panas dan tidak berawan.

Saya rasa, mungkin ada chance saya nak merakam masjid UTM dari drone DJI saya. Hari itu, saya merancang nak buat hyperlapse..rancangan yang asyik tergendala kerana faktor masa, teknikal dan cuaca.

Sampai di sana, saya lihat awan tebal sudah mula merayap ke dalam kawasan UTM. Saya terbang sekejap dan turun semula kerana angin agak kuat. dari jauh, terlihat petir..tapi saya rasa..masih boleh terbang lagi untuk hari itu..saya terbang dan hanya merakam gambar sahaja..tanpa membuat hyperlapse.

Gambar ini merupakan gambar yang dicantum dari 9 keping gambar. Lensa DJI bukan jenis ultra-wide 10mm..panjang fokal hanya 22mm kalau tak silap…kira wide lah jugak..tapi tidak sesuai untuk landscape photo.

So, untuk itu, DJI menggunakan software perisian cameranya untuk merakam 9 gambar dan mencantumkannya di dalam drone unutk mendapatkan effect ultra-wide lens. Gambar yang dirakam adalah JPEG dan juga RAW. Tetapi unutk RAW file, kita terpaksa cantumkan secara manual di dalam komputer kita.

File RAW agak besar, dan komputer saya tidak mampu untuk memprosesnya..so saya hanya edit guna jpeg sahaja..Tetapi walapun jpeg, all the details are there. Sedap juga saya edit shadow and highlight. Gambar tidak pecah

masjid sultan ismail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *