BerLari 5km

Salam,

Dah hampir 2 tahun, saya memasukkan lari harian dalam slot kehidupan seharian saya. Kalau tak pagi, saya akan berlari waktu petang.

Masa fasa awal permulaan, memang rasa ketagih untuk berlari tiap tiap hari..tapi ketagihan tu berkurangan sejak akhir akhir ini..kenapa?

saya pun tak tahu sebabnya, tapi saya mula rasa macam penat untuk berlari..kenapa penat..? sebab memikirkan untuk berlari lebih laju dari semalam. Mula lah rasa takut dan putus asa untuk berlari..kekadang kalau tak dapat capai kelajuan yang ditetapkan, akan mula rasa down.

Tapi tidak untuk beberapa hari yang lepas..saya mula berlari secara santai dan keinginan untuk berlari tu maam kembali datang..

Bukan macam sebelum ini, jika saya berlari untuk kelajuan, keinginan untuk berlari lagi jauh tidak ada..kekadang sampai 2 km je sebab dah mula lelah..tapi bila kita lari santai..keinginan untuk capaiĀ  jarak 6km tu makin menjadi..

So, kalau berlari, jangan fikir sangat kelajuan..pikir santai je..tapi kalau sekali sekala nak test fitness boleh je

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *