Alhamdulillah. Syukur ya Allah kerna memberi peluang kepada hamba Mu yang kerdil ni hadih APC 2020. moga penganugerahan ini dpat membantu hambaMu ni bekerja lebih kuat dan taat padaMu… amin
Category Archives: academic
Alhamdulillah
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2019
Silibus curriculum
Kadang kadang saya tengok, semakin lama, banyak pula subjek teknikal yang dikurangkan, dijumudkan dan dikecilkan skop pengajarannya untuk memberi laluan kepada kredit kredit subjek berasaskan soft-skills
Adakah revolusiindustri 4.0 ini membuatkan seseorang bakal pekerja tidak pelu mengetahui secara dalam ilmu teknikal sesuatu bidang? cukup sekadar tahu asas sahaja?
Subjek soft-skill ini pula adalah kebanyakan kepada keusahawanan, perniagaan dan sebagainya. Kalau pensyarah dari jurusan eknomi, pengurusan,..saya rasa ok lah sebeb pelajar pelajar akan didedahkan dengan aliran perniagaan..bagaimana nak menjadi usahawan berjaya berdasarkan teori teori yang dialar oleh pengajar yang mahir dalam bidang itu.
Di sini, para pelejar diajar oleh pensyarah teknikal yang yang memang kepakaran mereka terhad kepada bidang teknikal. Bagilah apa apa masala teknikal, insyaAllah mereka boleh selesaikan..tapi kalau masalah-masalah berkaitan dunia perniagaan, keusahawanan……memang tirai sesuai……mereka tidak arif dalam bidang perniagaan (walaupun ada tapi bukan secara formal ilmi yang diperolehi).
Main Gate of UTM Skudai
This photo was taken last year. I went out alone and was targeting to frame this location with a light streak of vehicles passing by the road. At first, I was so frustrated because the sunset was not in a good mood. The passing by vehicles too was too small in the number. I need some big vehicles such as buses or lorries. I almost packed up when I saw a bus drive towards the gate from afar.
Luckily for me, I managed to capture the light streak that was coming from the bus. It was beautiful, combined with a nice blue hour moment. If not mistaken, the time was so late for the Maghreb prayer..around 7.35 pm. I packed up and did the prayer before going home.
PECon 2020
Saya merupakan technical chair untuk seminar IEEE PECon 2020 yang akan berlangsung tahun ini di Pulau Pinang. Tapi sama ada akan dijalankan total virtual, hybri atau physical akan bergantung kepada keadaan semasa di Malaysia. Kes dijangka naik berganda kerana kewujudan kluster baru..tapi setakat ini Alhamdulillah..masih 1 digit dan 2 digit kes baharu…
Paper submission masih lagi boleh dihantar
Research Reset 2020
Salam
Secara jujur prestasi penyelidikan saya agak merundum sejak 2016. Kemuncak sekitar 2012-2015. Masa tu banyak jugak jurnal berimpak tinggi. Masa tu Q1 dan Q2 baru nak diperkenalkan. Saya pernah tercalon untuk anugerah penyelidik muda peringkat UTM.
Banyak faktor. Antaranya adalah peluang untuk mendapatkan geran penyelidikan tempatan. Kehilangan pelajar antarabangsa berpotensi. Kebanyakan pelajar ini tidak mempunyai biasiswa dan mengharapkan ketua projek untuk membayar elaun.
Bidang saya ni, kebanyakan pelajar tempatan tidak berapa minat sebab tahap kesukaran yang tinggi melibatkan modelling, simulation dan implementasi perkakasan. Kebanyakan, semua takut dengan perkakasan.
hari ini dapat khabar pelajar phd saya yang sekrang berada di Pakistan mengenai penerimaan artikel kami di Jurnal
Sustainable Energy Technologies and Assessments
Semak punya semak, journal ni berada dalam Q2..kira tinggi jugaklah martabat jurnal ni..Alhamdulillah.
Semangat dah ada balik..saya nak reset semula..nak lonjak kan balik prestasi penyelidikan saya agar semakin berkembang…doakan kejayaan saya ye!
Fail Lengkap
Alhamdulillah..tamat sudah projek saya ni…dalam UTM, semua projek yang ingin ditamatkan atau ditutup perlu submit segala bukti pembelian, pembayaran yang diclaim secara online sepanjang tempoh projek tersebut ke RMC untuk semakan.
Kalau tak cukup bukti, mmng tak boleh tutup atau kena surat menjawab kenapa resit dan dokumen pembelian boleh hilang.
Projek ni dah lama habis 2019, tapi baru tahu 2020 hantar fail..adusss…lambat sangat..InsyaAllah x buat lagi lepas ni!
Kunjungan DreamEDGE ke Lab EV UTM-Proton
Semalam, pihak lab menerima kunjungi wakil daripada dreamEDGE. Banyak idea dan perbincangan santai diadakan..kebanyakan adalah idea bagaimana untuk menarik pelabur untuk menjadi dana kepada projek projek UTM. Kami ada kepakaran dalam pembagunan EV, tapi tidak ada kepakaran untuk menjual produk. >)
macam mana nak kecilkan size video?
Semasa musim PKP ahri tu..semua pembelajaran peringkat universiti diminta untuk dibuat secara on-line. maka bergegas gegaslah para pendidik meneroka sisi pengajaran online yang sebelum ini dipandang sepi. Kenapa dipandang sepi? pendapat syaa, sepi kerana pembelajaran didapati lebih efektif secara bersemuka (ini terbukti ye semasa PKP tempohari) dan lagi satu kerana fasiliti yang disediakan amat mendukacitakan. Internet speed yang mempunyai latency yang tinggi, tidak stabil dan sever yang slow amat.
Tapi sebab PKP, nak tak nak kena buat jugak lah. Rata-rata akan rakam video masing masing menggunakan kebijaksanaan masing masing. Saya selalunya akan rekod dalam 10 minit hingga 15 minit je sebab saya faham..ramai student akan hilang fokus kalau lama lama.
Lepas dah buat video, seronok lah para pendidik kerana dah lepas satu stage. Stage yang mencabar adalah nak upload platform mana? Youtube la..paling mudah dan senang..tapi ada pro dan kontra yang saya tak akan sentuh di sini.
Ada yang mengelak guna youtube, mereka akan submit dalam whasap group masing masing..tapi terkejut pulak sebab tak boleh UPLOAD sebab filenya besar sangat! so nak kena kecilkan size..haaa..di sini lah kita akan mula jumpa pak cik google sekali lagi macam mana nak kecilkan size.
kalau sesapa langgan Adobe Creativecloud boleh gunakan encoder….kalau yang tak de tu ada satu lagi alternatif yang mudah, efficient and percuma. iaitu dengan menggunakan software handbrake. Setkat ini, perisian ini yang terbaik.!
donwload handbrake:
AC Motor Drive- Secara ringkas
Salam
Saya ada buat video menerangkan secara ringkas apa itu Pemacu Motor AC. Motor AC ini ada pelbagai jenis namun yang popular adalah motor induction. Untuk pengetahuan semua, Brushless dc motor tau nama ringkasnya BLDC motor adalah kategori AC motor ye..bukan DC motor. Binaannya sama dengan DC motor tapi tiada brush commutator dan secara prinsipnya, penghasilan torque adalah disebabkan induction dan menggunakan ac voltage. BLDC mempunyai struktur yang ringkas, ringan dan lassad. Disebabkan itu, BLDC motor ini lebih popular digunakan berbanding induction motor dalam peralatan boleh-alih.