Category Archives: family

RIP MY Brother in Law

Setahun yang lalu, angka-angka kematian disebabkan oleh Covid ni amat kecil dan tidak berbekas dalam hati dan ingatan.Angkanya kecil dan tidak begitu penting bagi saya. Tapi beberapa bulan yang lalu, angka angka ini makin membesar tanpa disuruh dan dipaksa.

Semakin banyak saya nampak posting posting rakan di media sosial yang memaparkan kematian rakan, suadara mara dan ahli keluarga. Angka angka itu mula berbekas dan tanggal 13 Ogos 2021 jam 1.51 pagi, abang ipar saya Ahmad Redzuan Tahir menjadi korban terkini serangan Covid-19 yang sedang mengganas di Malaysia.

Saya sempat berbual dengan arwah pada malam sebelum arwah di bawa ke hospital kerana kadar Oksigen yang rendah. Beberapa hari kemudian, dapat perkhabaran yang arwah ditidurkan untuk menstabilkan kandungan Oksigen dalam darah dan untuk mebershikan paru paru.

Namun, Allah lebih menyanyangi beliau. Pada tanggal 13 Ogos 2021(Hari Jumaat), arwah dijemput Illahi. Tersentak dan saya agak speechless kerana menjangka kan arwah dapat pulih kerana selalu dapat perkahbaran positif semasa arwah ditidurkan.

Al Fatihah untuk arwah.

Selamat Hari Lahir Isteriku

Tanggal hari ini, merupakan ulangtahun kelahiran isteri. Hajat dihati nak buat surprise dengan hadiah Apple Watch SE, tapi lain pulak jadinya..haaaih….

Lambat lagi nak dapat apple watch..23 hari bulan baru boleh jenguk jenguk kat Switch. Sebab saya pre-order dan saya buat arrangement agar saya sendiri datang kutip applewatch bila dah ada stock..Hopefully dapatlah jam tu pada 23 Oktober ni..itu pun hari jumaat…memang tgh cuti dan susah jugak nak buat surprise

Apple Watch Series 6 Pre-order

Saya dapat email semalam dari Switch. Mereka nak sampaikan yang Apple Watch Series 6 dah boleh buat pre-order pada 16 Oktober ini start pukul 9.00 am.

Saya macam plan nak beli tapi bukan untuk saya tapi untuk yang tersayang (hadiah hari jadi). Nak beli pun rasanya Apple Watch SE dah cukup berbaloi kot sebab features yang ada pada Apple Watch 6 ni banyak yang tak boleh activate di Malaysia macam ECG, Family group dan Oxygen sensor.

So better beli Apple Watch SE je..harga pun oklah..

Internet of Things

Internet of Things atau IoT ni rasanya dari segi konaep dah dengar 10 tahun yg lepas.. konsep dah ada tapi teknologi pada masa tu terbatas.

sekrang teknologi wifi pun dah bertambah baik dari segi kelanian dan bandwidth dan ini secara tidak lngsung menggerakan semual konsep iot ni… konsep IoT ni luas ye… tapi kat sini saya nak tunjukkan IoT saya di rumah

IoT ni dalam bahasa mudah adalah lebih rangkaian setiap barangan / perkakasan. Mereka boleh berinterkasi dan memberi arahan kepada perkakasan yang lain mengikut aturan yg telah ditetapkan.

kalau IoT dalam rumah, boleh la macm kawal lampu , perkakasan yg lain tv dan sebagainya. Banyak betul perkakasan yg dah menyokong IoT ni… yang murah semestinya datang dari China iaitu Xiomi.

gambar ni adalah gambar litar lampu LED yg telah saya pasang.lampu ni x de IoT So utk meng IoT dan lampu ni saya pasang smart suis berjenama Sonoff yang dikawal oleh wifi

 

Sony Android TV wifi connection problem

Salam

Saya ada masalah dengan wifi android tv sony saya ni. Connected dengan wifi saya tapi no internt connection. Selalunya maslaah ini hanya timbul bila kita reset balik router unifi saya. tapi kali ini macam pelik pulak sebab dah beberapa kali reset dan on-off tv untuk solve the problem. Tak berhasil

2 hari tak dapat tengok youtube. Yang peliknya, Netflix boleh pulak!..hhmmmmm…

cuba tengok dalam youtube menngunakan hp untuk cari soultiuon.rupe rupenya masalah ini adalah masalah yang common untuk tv sony android. dan penyelesaiannya amat mudah dan tak sangka!

apa yang anda perlu buat adalah pergi kepada setting menu dan cari setting untuk ‘masa’..tukar masa kepada setting ‘internet time’..dah settle..mudah kan? tapi mmng tak logik jika pikirkan solution tu.