Tag Archives: penang

Jelutong Beach

Kalau saya ke Penang, saya kan ke sini. tempat ini senang nak sampai kerana berada di sebelah lebuhraya Jelutong Express-way. Tapi kalau sesapa yang tak mencari, memang susah nak jumpa sebab terlindung oleh pokok renek

Ni gambar masa sunrise..tapi setiap kali pergi agak hampa sebab laut sering dalam keadaan surut..huhu..

kalau boleh dapatlah rakam satu keping lagi dimana laut tengah pasang sebelum jeti ni dirobohkan

jeti jelutong pulau pinang

A beautiful scene at Teluk Kumbar, Penang

Saya telah beberapa kali berpeluang melawat Pulau Pinang. antara negeri yang pesat membangun dari segi infrastruktur bandar yang moden.  Namun di sebalik pembângunan, masih ada kawasan yang dikekalkan bagi tujuan sejarah dan juga perlancongan. Masih wujud kampung kampung Melayu di situ dan di kawasan inilah banyak spot landskap yang menarik boleh dilawati.

Salah satu tempat adalah di Pantai Teluk Bayu di kawasan Teluk Kumbar. Kawasan ini menjadi tumpuan para pelancong dan juga masyarakat sekitar untuk bersantai bersama keluarga sambil duduk menyaksikan matahari terbenam.