Category Archives: fitness

BerLari 5km

Salam,

Dah hampir 2 tahun, saya memasukkan lari harian dalam slot kehidupan seharian saya. Kalau tak pagi, saya akan berlari waktu petang.

Masa fasa awal permulaan, memang rasa ketagih untuk berlari tiap tiap hari..tapi ketagihan tu berkurangan sejak akhir akhir ini..kenapa?

saya pun tak tahu sebabnya, tapi saya mula rasa macam penat untuk berlari..kenapa penat..? sebab memikirkan untuk berlari lebih laju dari semalam. Mula lah rasa takut dan putus asa untuk berlari..kekadang kalau tak dapat capai kelajuan yang ditetapkan, akan mula rasa down.

Tapi tidak untuk beberapa hari yang lepas..saya mula berlari secara santai dan keinginan untuk berlari tu maam kembali datang..

Bukan macam sebelum ini, jika saya berlari untuk kelajuan, keinginan untuk berlari lagi jauh tidak ada..kekadang sampai 2 km je sebab dah mula lelah..tapi bila kita lari santai..keinginan untuk capai  jarak 6km tu makin menjadi..

So, kalau berlari, jangan fikir sangat kelajuan..pikir santai je..tapi kalau sekali sekala nak test fitness boleh je

Larian Semalam

Semalam, saya berlari sejauh 4 km disebelah pagi dengan catatan 34 minit. Kalau ikutkan memang catatan masa tu tak begitu memberansangkan.,….

Tapi saya set kan dalam kepala saya, saya bukan nak berlari untuk catatan yang laju..tapi berlari untuk kardio dan penuruan berat badan..lagi lama kita berlari, lagi banyak kalori akan dibakar.

Saya setuju bahawa sekiranya kita berlari dalam pace yang laju, pembakaran kalori akan tinggi tapi taklah setinggi kita berlari dalam jangkamasa yang lama…lagipun saya nak santai santai je di hutan bandar tu….

Sebelah petamg, saya berlari juga tapi dengan matlamat untuk berlari dalam pace yang laju..saja nak cuba kemampuan badan…

Alhamdulillah 1km pertama mencatatkan masa 5minit 45 saat …kemudian sya berehat dalam 4 minit lebih an berlari lagi 1 km dan mencatatkan masa 5 minit 20 saat

Berlari untuk Turunkan berat badan

Untuk tujuan penurunan berat badan, aktiviti kardio adalah yang paling effektif.  Antara aktiviti kardio termasuklah berbasikal, berlari dan juga berjalan.  Antara ketiga tiga ini, berlari yang paling banyak membakar kalori aitu 2 kali ganda dari aktiviti berjalan.

Berlari bagi tujuan penurunan berat badan bukan diukur kepada berapa laju kita berlari atau berapa jauh kita berlari. Ia bertumpu kepada berapa lama kita melakukan aktiviti tersebut.  Untuk kepada yang baru nak bermula, anda akan rasa penurun berat yang significant walaupun berlari dalam linkungan 15 minit. tapi akan sampai ke satu tahap di mana, walaupun anda berlari 15 minit setiap hari, anda tidak nampak penurunan berat badan..dan kemungkinan berat tu jadi statik..kenapa ye?

5km Run

Şemalam saya melakukan larian 5km di dalam Hutan Bandar Mutiara Rini..Lari lari santai dan tidak mengejar masa lap 1km…The best time for 1 lap for me is around 5 minutes.

Harap saya dapat tamatkan larian 10km nanti. Saya menggunakan Xiomi band 4 untuk track saya punya larian disamping bantuan GPS dari handphone.

Anda rasa berat untuk berlari? apa tujan anda untuk berlari?

Tujuan saya berlari adalah sebagai aktiviti kardio untuk mengurangkan berat badan. Mangan paksa badan anda nutuk barları sejauh 1 km nutuk first day..banda anda perlu adaptation time yang munchkin mengambil masa selama 1 minggu. Itu lah yang saya lakukan….1km run nutuk minggu pertama..itu pun bukan penuh pun…diselit dengan jalan kaki secara laju….

Badan anda ni pun pandai macam anda..bila dah lama buat exercise tu, dia dah mula rasa biasa..dan inilah masa yang sesuai untuk anda up the level kepada 2 km pulak..so dalam proses penurunan berat badan ni perlu ada progress..jangan selesa pada satu tahap sahaja…badan anda perlukan cabaran baru untuk meningkatkan pembakaran kalori.J

Jika static, anda tidak akan dapat penurunan berat badan yang diimpikan. Untuk rekord: saya berjaya turunkan berat badan sebanyak 15 kilo dalam masa 3 bulan!

Tapi saya juga perlu ingatkan bahawa berlari ini boleh menyebabkan satu ketagihan ye (ketgagihan untuk sentiasa berlari tiap tiap hari)..so berhati- hati…jangan jadi macam saya 🙂

 

 

Our Retreat at Tanjung Leman

A picture of on our retreat at Tanjung Leman, Mersing in July 2019.  It has been more than 5 years since our first visit to this place.  We stayed at Felda Residence Tanjung Leman Resort. The place is quite far from the main road. It required about 20 minutes of driving to reach there.  The place is still look the same as our previous visit.  Nothing much has happened to this place.  Serene and quite is the place that i wanted always.