Tasik ILmu UTM

Tasik Ilmu UTM ni adalah merupakan temnpat pertama yang saya kunjungi semasa saya sedang cuba belajar sendiri sendiri unutk mengambil gambar lanskap. Selain tasik ini, pantai Teluk Cempedak juga merupakan tempat terawal yang saya gunakan untuk mempelajari gambar landscape secara serius.

Tasik ini menjanjikan pelbagai ruang unutk kita mengasah bakat. Memang tidak dinafikan ..itu adalah benar. Komposisi yang betul betul baik dan olahan post processing sahaja yang dapat menyerlahkan kecantikan tasik ini dalam gambar…

Kalau anda pelajar UTm atau staff UTM dan ingin mencuba bidang foto landskap ini, silalah ke Tasik Ilmu UTM ini di waktu matahari terbit, senja atau lewat petang.

Gambar di bawah ini saya rakam pada 12 Oktober 2021. Gambar pertama setelah 2 tahun tidak ke tasik ini. Banyak pembaharuan dilakukan unutk mencantikkan tasik ini.

The photo is allowed to be used for academic or non-commercial purposes only. If you require a larger resolution please contact me. Photo credit should be given to shahrin bin md ayob

DJI Air 2 atau Mavic Air 2s

Mavic 2 Air dilancarkan pada tahun 2020 manakala Air 2S pula pada Bulan April 2021. Kalau dari spesifikasi, usah tentu saya akan pilih Air 2S kerana ia mempunyai keupayaan untuk mencerap gambar pada low light situation kerana mempunyai saiz sensor sebesar 1 inchi. Saiz sensor mempengaruhi dynaic range sesuatu gambar dan lebih banyak data gamabr boleh diguna untuk tujuan post processing. Bilangan pixel bukan segala-galanya. Pixel ini saya rasa lebih kepada untuk video. Sebenarnya unutk menghasilkan video 4 k, sensor camera hp dah cukup. Yang menyebabkan sesautu hp itu tidak berupaya untuk merakam video 4k adalah keupayaan pemproses tersebut.

Ok berbalik keapda drone. Air 2S memang menjadi pilihan utama. tetapi harganya yang agak tinggi iaitu sekitar RM4.5k menyebabkan saya terpaksa tunggu dan lihat dahulu. Mungkin harga akan kurang sedikit dengan pelancaran Mavic 3.

Ya Mavic 3 akan dilancarkan pada November 2021 nanti. Dari segi spesifikasi, ia mempunyai 2 kamera dan menggunakan sistem Haslleblade.

SAIZ SENSOR IMEJ: APA KESAN?

Saiz sensor imej amat mempengaruhi kualiti gambar yang dihasilkan. Ramai yang terkeliru dengan bilangan pixel. Lebih tinggi tinggi pixel lebih bagus gambar yang dihasilkan. Pixel ini lebih kepada bilangan bintik bintik digit yang ada dalam satu bingkain gambar. Memberi makna, gambar yang dihassilan lebih banyak detail kerana ada banyak pixel. Tapi pixel yang tinggi ini akan memberi kesan kepada noise yang tinggi untuk julat ISO yang besar. Kesan noise ini lebih ketara njika saiz sensor yang digunakan adalah kecil seperti yang digunakan dalam kamera telefon mudah alih.

Sensor yang besar memberi dynamic range yang tinggi dalam post processing kerana lebih banyak ionformation dissimpan dapat disimpan dengan menggunakan sensor yang besar.

So, kalau dalam drone, jika diberi pilihan untuk camera yang mempunyai sensor 1/2 inch dan mempunyai pixel 48MP dan satu lagi drone mempunyai saiz 1 inch dengan 20 MP, mana yang anda akan pilih???

Saya akan pilih drone yang kedua. Itu kalau unutk photograhy

Tapi kalau video, kedua-duanya sudah mencukupi kerana untuk menghasilkan 4k video, 8MP sudah mencukupi.

HERO 9 atau HERO 10

Saya bermula dengan HERO 5 Black dan kemudian beralih kepada HERO 7 Black. Walaupun berkhidmat dengan cemerlang, saya rasa HERO 7 ni dah tak berdaya dah …saya nak upgrade kepada HERO 9, tapi banyak pulak saya dengar masalah dengan HERO 9 ni. Antara masalah paling ketara adalah kelembapan touch screen kamera tersebut dan juga phenomena ‘freezing’ semasa sedang merakam, dan kad memory jadi corrupt..

ITU MEMANG MASALAH BESAR!!!

Saya tunggu HERO 10, tapi harganya yang tak masuk akal menggagalkan impian saya untuk memilikinya. Saya menjangkakan harganya sama seperti HERO 9..tapi meleset jangkaan saya itu.

OK..pikir punya pikir, akhirnya saya membuat keputusan untuk membeli HERO 9 setelah saya diyakinkan dengan video youtube bahawa firmware upodate v1.6 telah berjaya mengurangkan masalah terbabit.

Setakat penggunaan saya selama 2 hari, saya tidak merasai pun masalah-masalah yang saya dengar sebelum ini…mungkin saya bernasib baik sehingga setakat semalam..Harap-harap ia berpanjangan!

My HERO 9 Black..Memang hitam dan nampak ganas!

GoPro HERO 10

Mula-mula saya tak berapa kisah sangat pasal pelancaran HERO 10. Dari segi spesifikasi tiada apa yang begitu baru.Hanya penggunaan processor baru GP2 sahaja. Yang lain seperti biasalah, penambhbaikan dari segi resolusi dan frame rate. Sekarang ni HERO 10 boleh shoot 4k 120fps.

Seperti yang dah maklumkan tadi, saya tak berapa kisah sangat. Tapi bila tengok lama lama, cantik pulak. gabungan warna hitam dan biru striking..memang cantik… tapi harga pun boleh tahan jugak mahal.Anda boleh pre-order dah sekarang. Harganya RM2,300.00

GoPro HERO 10

GoPro telah lama menambat hati saya dalam merakam episod Hari Kelaurga RAR semenjak 2018 hingga 2021. GoPro pertama saya ialaha HERO 5 Black yang saya beli bersama drone GoPro KARMA. Kemudian saya upgrade kepada HERO 7 Black.

Saya berkira kira unutk upgrade kepada HERO 9 Black keranan bagi saya HERO 9 ada features yang saya inginkan berbanding HERO 8. Antara features adalah Horizon leveling.

Hraga di pasaran adalah sekitar RM1,900.00. Tapi sekiranya anda berminat untuk beli HERO 9 seperti saya, rasanya elok ditangguh terlebih dahulu kerana HERO 10 akan dilancarkan pada 16 September ini.

Dan, kalau anda pergi ke website rasmi GoPRo, mereka telah pun memberi diskaun kepada HERO 9 dari USD 450 klepada USD 350 (perucma satu tahun langganan GoPro Cloud service). So saya rasa harga di Malaysia pun akan dikurangkan nanti kepada Rm 1,500.00 seunit