Sedap pulak lagu remix ni
Payment from Shutterstock
Alhamdulillah. I have been involved in stock photos activities for several years. The payment from the sales of the photos has been accumulated to some amounts that I think I can take it out.
I have just sold my Mavic Mini, It was a good drone but with some limitations. I need an upgrade. The biggest limitation is that the Mini doesn’t have the RAW photo capabilities.
There are two choices; the Mavic Air 2 and Mavic Air 2s. The Mavic Air 2 has a 12MP camera but the 2s get a 1-inch sensor. Bigger sensor meaning that the dynamics that you will get are bigger. You will enjoy the post-processing activities. But the price gap is too big. I will get Mavic Air 2 FMC with the price of a single drone Mavic Air 2s.
Gunung Kinabalu
Sayup sayup je Gunung Kinabalu ni. Alhamdulillah..pada 2018 atau 2019, saya dapat jugak menjejakkan kaki di tempat ini.
Dah beberapa kalis aya berpeluang ke Sabah. Saya dah jatuh hari dengan Sabah sebenarnya!
Tempat ini dah lama saya aim. Memang cantik pemandangan dari sini. Atas jambatan Tuaran.View ini adalah pada keadaan matahari sedang menaik pagi. Kalau dari Likas atau Kota Kinabalu, boleh tahan jugaklah perjalanannya…mau 2 jam nak sampai ke sini.
So lepas kerja semua selesai, petang itu saya bergerak ke Tuaran. Jalan agak sunyi dan tidak nampak sangat bangunan sepanjang perjalanan. Saya bermalam di bandar Tuaran di sebuah Hotel di sana. Makan malam, saya makan nasi arab bersebelahan hotel tersebut.
Pagi pagi lagi saya dah memandu menuju ke lokasi. Kawan saya yang tinggal berdekatan akan terus ke sana juga esok pagi. Memang agak sunyi kawasan di situ ..agak pendalaman. Saya tak berani keluar dari kereta kerana kiri dan kanan saya adalah semak samun. Bila dah terang sikit baru saya berani keluar dan berjalan menuju ke jambatan.
Di atas jambatan ini kena hati hati sebab ruang kiri dan kanan agak sempit tapi boleh lah untuk memacak tripod. Kena hati hati lebih sedikit bila ada lori besar lalu, kerana angin yang kuat mungkin boleh menarik kita sekali masuk ke bawah lori. Lori juga laju laju jugak di atas jambatan ini…
Tunggu punya tunggu kawan saya pun sampai..sambil memotret, kami berborak. Ramai jugak kaki kaki tripod yang datang. Yang beriadah berbasikal pun ramai yang berhenti di tepi untuk mengambil gambar.
Yang paling kelakar, ada sebuah van tiba-tiba berhenti di atas jambatan dan turun nak ambil gambar!..masa tu tak de kereta..ok lah..hmm..sedang pemandu tu syok ambil gambar..datang sebuah lori..HON HON..kelam kabut pemadnu naik kereta dan pandu semula…
Memang asyik di sini..cantik!
Cadence!
Bila berlari, ada beberapa parameter yang selalu dirujuk, iaitu pace, cadence dan stride. Pace merujuk kepada masa yang diambil untuk melengkapkan jarak 1 km. Cadence pula bilangan jejak perminit. Manakala stride pula adalah jarak langkah antra kaki kiri dan kanan. Semua parameter ini bukan anda yang kira tapi peranti anda.
Semua smartphone sekarang telah dilengkapi dengan pelbagai sensor. So untuk gunakan sensor berkenaan untuk larian anda, sila letak dipinggang menggunakan tali pinggang larian ye.
Smart watch lagi ok tapi bergantung kepada jenis sensor yang dipakai. Xiomi Amazfit dah OK dah..banyak sensor. Nak lagi tepat kena angkat Garmin atau Suunto. Sekarang ni saya pakai Amazfit je.Saya ada pernah buat perbandingan sensor Amazfit saya dan apple watch 6 SE. Ketepatan sensor dan GPS hampir sama!
Ok cadence ni dan stride ni bagus untuk mengelakkan over striking (heel strike) kerana over stride ni akan menyebabkan beberapa kecederaan semasa larian.
Untuk larian yang bagus, pastikan stride anda kecil manakala cadence anda adalah tinggi sekitar 160 ke atas.
SELAMAT MENCUBA!
Nasi Lemak
Tak semua nasi elmak sedap. Banyak faktor, antaranya sambal tak sedap, nasi kurang lemak, kurang kacang, ikan blis dsb..tapi selalunya bahan yang sering menentukan kesedapan nasi lemak itu adalah sambal dan nasi. Nasi lemak yang saya rakam ni mmng sedap. Tapi agak jauh kepada sesiapa yang tidak menuju ke arah Lima Kedai.
kakak ni jual di kawasan rumah dia di Rini Homes 4 atau 3 kalau tak silap saya..berdekatan dengan Taman Malawati tu..(Mana Taman Malawati???)..ia bersebelahan dengan Taman Selesa Jaya.
KENAPA SAYA BERLARI?
- Saya berjaya mencapai berat ideal. Turun 20 kilo dengan berlari dan menajaga pemakanan. Tak guna anda berlari 10km tapi tak jaga makan..rugi dan penat je
- Menjaga jantung. Blood pressure lebih rendah
- Lebih positif untuk melalui hari hari yang mendatang
- Masa semasa berlari boleh fikir macam macam ..hahaha
Anda Berminat menjadi Pensyarah?
Mungkin ramai yang tertanya tanya best ke jadi pensyarah ni? Kalau soalan ini ditujukan kepada saya, Ya..kerjaya penysarah ini amat fleksible terutamanya dari segi masa.
Namun begitu ada beberapa keperluan yang perlu anda penuhi sebelum bergelar pensyarah. Di antaranya adalah keperluan unutk mendapatkan PhD. Rata-rata universiti awam dan universiti swasta yang berprestij seperti Universiti Teknologi Petronas, Universiti Multimedia, amatlah perlu untuk seseorang pensyarah tersebut mempunyai PhD.
Ada ke Biasiswa PhD???? sbb nak harap MyBrain..memang dah tak de kan
Untuk universiti awam, BERGANTUNG KEPADA KEKOSONGAN DAN KEPERLUAN, mereka akan buka tawaran biasiswa kepada anak Malaysia untuk jawatan pensyarah. Skim ini dinamakan SKIM LATIHAN AKDEMIK MALAYSIA (SLAM). Bolehlah kepada yang berminat untuk riki riki pusat sumber manusia universiti berkenaan.
Selain dari requirement PhD, untuk kursus kejuruteraan yang terikat dengan akreditasi EAC, maka amat digalakkan untuk memohon Profesional Jurutera (Ir). Di Malaysia, ada dua jenis Ir..iaitu Ir bercop bulat dan Ir bercop Hexagon. Heaxgon ni lebih untuk mereka yang berkerjaya jurutera pengajar seperti pensyarah.
Jika anda ada PhD dan ada Ir, nilai anda sebagai pensyarah akan jadi lebih tinggi…andai anda nak menukar selera ke universiti lain..nilai Ir ini akan menjadi tarikan universiti berkenaan untuk mengambil anda bekerja.
Selepas diterima..haaaa…kenalah penuhi KPI yang ditetapkan. Setiap universiti mempunyai KPI yang berbeza beza bergantung kepada hala tuju universiti masing-masing. Untuk Universiti penyelidikan seperti UM, UPM, UKM, USM dan UTM,,,sudah tentu KPI lebih tertumpu kepada geran penyelidikan, penerbitan makalah berimpak tinggi, penyeliaa pelajar pasca siswazah dan juga patent.
Di universiti penyelidikan, hanya makalah jurnal berstatus ISI Q1 dan Q2 sahaja yang akan dikira dari markah kualiti. Sukar untuk capai sekiranya anda tiada pelajar pasca siswazah
E-Content Bonus UTM 2021
Taklimat yang saya rasa rami yang tunggu-tunggu kerana tak jelas dari segi pemarkahan.
Sekarang ni baru faham
Larian 7km
Larian yang laju tapi hear rate rate sentiasa berada di VO2 max adalah sesuatu yang merbahaya. Heart rate sekitR zon aerobik dan anaerobik lebih baik dan amat di sarankan.
Larian yang consiaten dalam jarak km yang jauh memerlukan latihan yang consisten dan berperingkat. Sebluan yang lalu, larian saya adalah sekitar 8 minit.. itupun head rate dah sangat tinggi.. Kawal pernafasan dan pemakanan. berat badan juga memain peranan. Kerana berat badan yang tunggi sudah semestinya menyebabkan jantung kita bekerja lebih keras.
Berat badan saya susut 4km dan kesannya saya mampu berlari 7km di bawah 7 minit buat pertama kali setelah sebulan…
Tapi selepas cucuk covid ni utk kali kedua, saya memperlahankan kekerapan berlari. Ini sebab diberitahu kena kurangkan keaktifan badan sbb untuk memberi peluang kepada badan untuk menyesuaikan dengan vaksin
EAC Visit 2021- Continuation Accreditation
Tomorrow August 30, 2021, will be the virtual visit for EAC for our academic program SKEE and SEEE. This is the continuation accreditation..meaning that the maximum period that we will get is 3 years..and after that, it will be a new cycle of accreditation.
The base of accreditation is to ensure that the program follows these two main points: 1. The OBE system, and 2. Quality Assurance management. The EAC panels will go deep by interviewing lecturers and students to find out whether they comply.
I will share the slide briefing of the EAC accreditation with you, especially our program PEOs, POs (12 POs), and WK, WP, and EA categories and definitions. Please be noted that the PEOs and POs are different from other programs.