Tag Archives: 5km

Pace larian

Hanya nak bagitau sebagai rekod dalam medium internet ni. Nak habq yang saya punya pace larian paling laju setakat ni adalah 5 minit/km..memang laju kot untuk orang dalam usia saya ni.  saya buat ni dalam pusingan km ke 2 (out of 3km total). Dan total time untuk 3km saya yang terbaik setakat ni adalah 16 minit 25 saat

Unutk 5km pulak (jalan sedikit turun dan sedikit naik), paling laju adalah 29 minit 30 saat.  maknanya, setiap km saya punya pace adalah di bawah 6 minit

Bukan senang nak dapat kelajuan ini…ampir 2 tahun jugaklah

Larian 12 Oktober 2020

larian saya pada minggu ini kebanyakannya adalah 5km. Saya buat begitu kerana saya nak sekurang kurangnya saya berlari 30 minit sehari.  Pace larian syaa dalam lingkungan 6 minit perkm. Maka, bila saya berlari, cukuplah 30 minit tu.

lagipun berat badan saya naik kerana tak berapa jaga sangat makan. Banyak makan makanan manis dan berlemak. Sekejap je dah naik 7 kilo…nak turun kan memang satu seksaan sebenarnya…lambat nak turun.

Setakat ni dah turun 2 kilo dan masih dapam proses untuk mendapatkan berat yang ideal. Sebelum ni dah capai..tapi naik semula.

Lari 5km ni tak boleh secara paksa atau pace yang laju kerana selalunya bdana kita akan melwan dan minda kita memberontak untuk tidak berlari selepas itu.  So lari mestilah secara santai dan dalam pace yang kita selesa. Jangan paksa dan nak menunjuk nunjuk yang kita ni lari laju..:) buat slow and setady..insyaAllah, larian pace yang laju akan datang sekali selepas itu.

BerLari 5km

Salam,

Dah hampir 2 tahun, saya memasukkan lari harian dalam slot kehidupan seharian saya. Kalau tak pagi, saya akan berlari waktu petang.

Masa fasa awal permulaan, memang rasa ketagih untuk berlari tiap tiap hari..tapi ketagihan tu berkurangan sejak akhir akhir ini..kenapa?

saya pun tak tahu sebabnya, tapi saya mula rasa macam penat untuk berlari..kenapa penat..? sebab memikirkan untuk berlari lebih laju dari semalam. Mula lah rasa takut dan putus asa untuk berlari..kekadang kalau tak dapat capai kelajuan yang ditetapkan, akan mula rasa down.

Tapi tidak untuk beberapa hari yang lepas..saya mula berlari secara santai dan keinginan untuk berlari tu maam kembali datang..

Bukan macam sebelum ini, jika saya berlari untuk kelajuan, keinginan untuk berlari lagi jauh tidak ada..kekadang sampai 2 km je sebab dah mula lelah..tapi bila kita lari santai..keinginan untuk capai  jarak 6km tu makin menjadi..

So, kalau berlari, jangan fikir sangat kelajuan..pikir santai je..tapi kalau sekali sekala nak test fitness boleh je