Saya ke sini dah beberapa. Lokasi ni adalah tempat yang saya rasa paling sesaui unutk mengasah skill drone saya. Setiap kali ke sini, memang tak ada rezki unutk dapat sunset yang cantik. tapi Alhamdulillah, pada 17 Jun 2023 yang lepas, saya dianugerahkan dengan sunset yang cantik
Tag Archives: dji air 2s
Panorama Air 2s
Salam to all
Saya telah beberapa kali membuat uji pandu DJI Air 2 s ini. Seperti yang pernah saya tulis, ia amat tangkas-jauh berbeza dengan DJI Mini saya yang lepas.
Saya terbang dengan lebih yakin cuma masih ada ketakutan dalam diri sendiri serba sedikit kerana dengan ketinggian 100m, saya dah tak nampak dah saya punya drone dekat mana. Mungkin orang lain lebih berani.
Kali ini saya menguji fungsi panorama ini. DJI Air 2 s ini membenarkan kita menyimpan dalam file jpeg (yang telah dicantum) dan file dng (raw) yang masih bercerai.
File dng lebih baik kerana details yang disimpan amat tinggi berbanding jpeg. tetapi kualiti jpeg yang dihasilkan dalam panorama ini pun dah cukup memuaskan.
nak cantumkan file dng (panorama) dalam Photoshop memang amat berat. PC saya 2 kali hang. Kalau nak cantum dalam Lightroom, ia lebih ringan tetapi hasil cantuman yang saya dapat tak sama dengan hasil jpeg yang dibuat dalam DJI itu sendiri. Garisan horizon memang jelas melengkung.
So, apa yang harus dibuat?
Saya guna adaptive wide angle filter dalam photoshop untuk untuk menegakkan garisan melengkung. Hasilnya amat memuaskan!