Tag Archives: lari

Pace larian

Hanya nak bagitau sebagai rekod dalam medium internet ni. Nak habq yang saya punya pace larian paling laju setakat ni adalah 5 minit/km..memang laju kot untuk orang dalam usia saya ni.  saya buat ni dalam pusingan km ke 2 (out of 3km total). Dan total time untuk 3km saya yang terbaik setakat ni adalah 16 minit 25 saat

Unutk 5km pulak (jalan sedikit turun dan sedikit naik), paling laju adalah 29 minit 30 saat.  maknanya, setiap km saya punya pace adalah di bawah 6 minit

Bukan senang nak dapat kelajuan ini…ampir 2 tahun jugaklah

BerLari 5km

Salam,

Dah hampir 2 tahun, saya memasukkan lari harian dalam slot kehidupan seharian saya. Kalau tak pagi, saya akan berlari waktu petang.

Masa fasa awal permulaan, memang rasa ketagih untuk berlari tiap tiap hari..tapi ketagihan tu berkurangan sejak akhir akhir ini..kenapa?

saya pun tak tahu sebabnya, tapi saya mula rasa macam penat untuk berlari..kenapa penat..? sebab memikirkan untuk berlari lebih laju dari semalam. Mula lah rasa takut dan putus asa untuk berlari..kekadang kalau tak dapat capai kelajuan yang ditetapkan, akan mula rasa down.

Tapi tidak untuk beberapa hari yang lepas..saya mula berlari secara santai dan keinginan untuk berlari tu maam kembali datang..

Bukan macam sebelum ini, jika saya berlari untuk kelajuan, keinginan untuk berlari lagi jauh tidak ada..kekadang sampai 2 km je sebab dah mula lelah..tapi bila kita lari santai..keinginan untuk capai  jarak 6km tu makin menjadi..

So, kalau berlari, jangan fikir sangat kelajuan..pikir santai je..tapi kalau sekali sekala nak test fitness boleh je

Larian Semalam

Semalam, saya berlari sejauh 4 km disebelah pagi dengan catatan 34 minit. Kalau ikutkan memang catatan masa tu tak begitu memberansangkan.,….

Tapi saya set kan dalam kepala saya, saya bukan nak berlari untuk catatan yang laju..tapi berlari untuk kardio dan penuruan berat badan..lagi lama kita berlari, lagi banyak kalori akan dibakar.

Saya setuju bahawa sekiranya kita berlari dalam pace yang laju, pembakaran kalori akan tinggi tapi taklah setinggi kita berlari dalam jangkamasa yang lama…lagipun saya nak santai santai je di hutan bandar tu….

Sebelah petamg, saya berlari juga tapi dengan matlamat untuk berlari dalam pace yang laju..saja nak cuba kemampuan badan…

Alhamdulillah 1km pertama mencatatkan masa 5minit 45 saat …kemudian sya berehat dalam 4 minit lebih an berlari lagi 1 km dan mencatatkan masa 5 minit 20 saat

Berlari untuk Turunkan berat badan

Untuk tujuan penurunan berat badan, aktiviti kardio adalah yang paling effektif.  Antara aktiviti kardio termasuklah berbasikal, berlari dan juga berjalan.  Antara ketiga tiga ini, berlari yang paling banyak membakar kalori aitu 2 kali ganda dari aktiviti berjalan.

Berlari bagi tujuan penurunan berat badan bukan diukur kepada berapa laju kita berlari atau berapa jauh kita berlari. Ia bertumpu kepada berapa lama kita melakukan aktiviti tersebut.  Untuk kepada yang baru nak bermula, anda akan rasa penurun berat yang significant walaupun berlari dalam linkungan 15 minit. tapi akan sampai ke satu tahap di mana, walaupun anda berlari 15 minit setiap hari, anda tidak nampak penurunan berat badan..dan kemungkinan berat tu jadi statik..kenapa ye?