Tag Archives: LPPT 2021

LPPT 2021

baru je Bulan 2 2021, tapi dah mikir pasal LPPT 2021 punya markah? hahaha

KPI UTM bagi saya adalah tinggi dan banyak kekangan dari segi menarik pelajar yang bagus untuk buat penyelidikan. Banyak pelajar yang bagus akan memlih universiti di sekitar Kuala Lumpur.

Tapi, apakan daya..untuk maju dan bangkit, kita kena senantiasa mempunyai fikiran yang positif! Anggap semua ini untuk kemajuan diri sendiri.

Saya masih mencongak sama ada untuk kekal dalam track teaching atau bertukar ke track research. Ada pro dan cons untuk kedua dua track ini. Saya lebih berat kepada teaching kerana research saya yang masih saya anggap belum sustainable.

Bayangkan bagaimana kita mampu menulis dan menerbitkan penulisan jurnal Q1 dan Q2 yang banyak dalam setahun? Pasti seorang tak mampu bukan? OK untuk ini, itulah guna networking di kalangan penyelidik. So untuk dapatkan network yang baik, di mana ramai penyelidik mahu bersama sama menerbitkan penulisan, kita mest built-up the reputation dahulu which is akan memakan masa.

Alhamdulillah untuk tahun 2021, ni saya telah ada satu paper Q1, 3 paper Q3 dan insyaAllah satu lagi paper Q1 yang dalam 2nd revision untuk penerbitan dalam IET Power Electronics.

Bagaimana saya boleh terbitkan banyak penulisan Q1 dan Q2 walhal baru bulan feb 2021? Ya..jawapan nya adalah networking!