Tag Archives: malaysia

Cuti @ Pulau Besar, Mersing

Pulau Besar ni terletak tak berapa jauh dari jeti Mersing..Saya rasa dalam 30 minit dah sampai. Pulau ni sebenarnya nama asala adalah Pulau Babi Besar dan sebenarnya terdiri daripada 3 gugusan iaitu Pulau Babi Besar, Pulau Babi Tengah dan Pulau Babi Hujung. Tapi sebab nama tu agak keterlaluan, kerajaan negeri tukar nama kepada Pulau Besar, Pulau Tengah dan Pulau Hujung.

Kami ke sana selama tiga hari dua malam. Terdapat hanya 2 resort di situ dan kami inap di Bayu Laut Resort. Jika dibandingkan Pulau Tiomna, saya lebih suka pulau ini kerana tak ramai orang. So agak relaks sedikit. Kalau Tioman, pergi mana mana penuh dengan orang.

Cuma kalau nak inap di sini, ongkosnya agak mahal. ..tapi berbaloi dengan suasana dan pemandangan yang memang tak akan dapat di Tioman.

RAR Family Day 2022

Alahmdulillah, setelah 2 tahun tertunda, Hari Keluarga RAR disambut pada 9 Sept hingga 11 sept yang lepas di Adena Beach Resort, Kuantan.

Resort ini berdekatan dengan Villaku Residence, iaitu tempat inpa kami dan juga sambutan RAR Family day dahulu kala.

Kali ini, saya hampir 100% ahli keluarga RAR berkampung di sini. Jumlah saya rasa dalam 150 orang termasuk kanak-kanak. Boleh tahan lah ramai dan saya tabik kepada AJK kerana berjaya mengadakan sambutan sedemikian.

InsyaAllah, next punya RAR family day akan dibuat di luar negara pula.

Video ni saya rakam menggunakan HERO 9 Black. Saya rakam keseluruhan menggunakan 1080 30fps. kalau shoot 4k, semput komputer saya nak prosess rendering video hahah

Masjid Darul Quran JAKIM

Perjalanan ke sini dari tanjung Malim memakan masa selama lebih kurang 30 minit..itu pun kalau tak banyak lori sebab jalan yang dilalui adalah jalan negeri (2 lorong).

Pada mulanya saya berkira-kira juga untuk ke sini kerana ia berada di dalam kawasan pusat tahfiz yang dikelolakan oleh JAKIM. So, bukan semua orang ada akses ke dalam.

Sedang saya melihat lihat dalam google site, tempat apa yang menarik di sini, saya terpandang tentang review orang ramai akan tempat Darul Quran ini. Dari review ini, baru saya tahu bahawa tempat ini juga dibuka untuk orang luar tetapi perlu lah maklumkan kepada pengawal yang bertugas.

Panorama Air 2s

Salam to all

Saya telah beberapa kali membuat uji pandu DJI Air 2 s ini. Seperti yang pernah saya tulis, ia amat tangkas-jauh berbeza dengan DJI Mini saya yang lepas.

Saya terbang dengan lebih yakin cuma masih ada ketakutan dalam diri sendiri serba sedikit kerana dengan ketinggian 100m, saya dah tak nampak dah saya punya drone dekat mana. Mungkin orang lain lebih berani.

Kali ini saya menguji fungsi panorama ini. DJI Air 2 s ini membenarkan kita menyimpan dalam file jpeg (yang telah dicantum) dan file dng (raw) yang masih bercerai.

File dng lebih baik kerana details yang disimpan amat tinggi berbanding jpeg. tetapi kualiti jpeg yang dihasilkan dalam panorama ini pun dah cukup memuaskan.

nak cantumkan file dng (panorama) dalam Photoshop memang amat berat. PC saya 2 kali hang. Kalau nak cantum dalam Lightroom, ia lebih ringan tetapi hasil cantuman yang saya dapat tak sama dengan hasil jpeg yang dibuat dalam DJI itu sendiri. Garisan horizon memang jelas melengkung.

So, apa yang harus dibuat?

Saya guna adaptive wide angle filter dalam photoshop untuk untuk menegakkan garisan melengkung. Hasilnya amat memuaskan!

ini adalah hasil cantuman di Lightroom sebelum menggunakan penapis wide angle
selepas guna penapis wide angle
default

Mavic 3 Dilancarkan

Produk DJI yang dinantikan sepanjang tahun 2021 ini akhirnay dilancarkan. Kali ini memberikan pembaharuan yang ketara berbanding Mavic 2. Ia datang dengan dua kamera Hasleblade iaitu telephoto lens dan wide angle lens. Rasanya kedua duanya mempunyai mekanikal shutter dan variable aperture.

Siaz sensor pun lebigh besar dan ioni memberi kelebihan untuk imej dalam keadaan low lighting. Siaz bateri juga agak besar dan masa penerbang…WOW..46 minit..hampir 1 jam terbang!

Dari review yang saya lihta memang rata rata memuji rekaan Mavic 3 yang tampak lebih solid dan lebih pro. Tetapi harganya yang agak tinggi mungkin menyebabkan pembelian tak dapat nak diteruskan..cecah RM8k untuk yang asas..manakala jenis CINE pula menjangkau RM12k!.

Untuk prosumer macam saya ni, saya rasa lebih sesuai dengan Air 2s sebab bukan selalu dapat terbang. Saya rasa Mavic 3 ini sudah lebih kepada unutk kegunaan profesional.

GoPro HERO 10

Mula-mula saya tak berapa kisah sangat pasal pelancaran HERO 10. Dari segi spesifikasi tiada apa yang begitu baru.Hanya penggunaan processor baru GP2 sahaja. Yang lain seperti biasalah, penambhbaikan dari segi resolusi dan frame rate. Sekarang ni HERO 10 boleh shoot 4k 120fps.

Seperti yang dah maklumkan tadi, saya tak berapa kisah sangat. Tapi bila tengok lama lama, cantik pulak. gabungan warna hitam dan biru striking..memang cantik… tapi harga pun boleh tahan jugak mahal.Anda boleh pre-order dah sekarang. Harganya RM2,300.00

Net Metering (NEM) Malaysia

Net Metering adalah method calculation yang dibangunkan oleh SEDA Malaysia untuk menggalakkan penjanaan tenaga hijau di Malaysia. Setakat ini, kuota penjanaan di Malaysia hanya yang ditawarkan adalah solar PV.

mengikut pembacaan saya, NEM ini ada NEM 2016 dan NEM 2019. NEM merupakan method baru bagi menggantiakn sistem Feed-in Tarif (FiT).

Mengikut pembacaan saya juga, NEM ini tidak begitu menguntungkan untuk pengguna kecil. Penggunaan NEM tidak begitu bermasalah kepada negara negara maju yang lain kerna kos bil elektrik mereka memang sangat tinggi. Manakala di Malaysia, kos elektrik adalah rendah.

Ini bermakna, di negara negara maju, memang amat menguntungkan sekiranya mereka memilih untuk memasang PV sistem bagi penjanaan tenaga untuk kediaman. Di Malaysia, kos elektrik yang ditanggung pengguna kecil amat kecil dan sekiranya mereka memilih untuk memasang PV , ini akan merupakan satu kerugian.

Zeal Engineering | Best Solar Panel | Services | Contact us | Our Project

Adobe Lightroom Classic

Agak mencabar untuk editing gambar dari drone. Sebab drone saya ni, Mavic Mini tidak ada features RAW file. So, bila ambil gambar sunset atau sunrise, memang limited segi darjah kebebasan untuk editing.

JPEG file yang dirakam drone tidak mempunyai dynamic range colour yang banyak…sebab file dah compress. Nak beli graduate ND filter pulak memang tak wujud..lagipun, kalau wujud pun, saya 50-50 nak beli sebab akan menjadi beban tambahan kepada motor camera gimbal tu pulak. Rosak, naya lah pulak nak cari ganti.

So, nak tak nak memang kena ambil gambar yang sama tapi berlainan exposure….ada satu video tu ambil gambar gambar tersebut secara manual setting…agak susah jugak. Saya set je kepada auto dan tukar exposure compensation..tapi, keburukan dia adalah kita tak boleh kawal nilai ISO…nilai ISO yang tinggi boleh menyebabkan noise.

HDR selepas combine gambar gambar di bawah
DCIM\102MEDIA\DJI_0496.JPG
DCIM\102MEDIA\DJI_0497.JPG
DCIM\102MEDIA\DJI_0498.JPG