Tag Archives: pengerang

Jeti Lama di Pengerang

Bulan Januari 2023, secara kebetulan saya berbengkel di Lotus Seaview, saya menggagahkan diri bangun pagi dengan semua ahli keluarga untuk ke sini. Penat badan sebab berbengkel…..Dari Lotus Seaview, perjalanan hanya mengambil masa dalam 10-12 minit.

Bila lagi kan? memang antar lokasi landscape yang ingin sya pergi. Bila dah dekat ni rasa macam rugi pulak kalau tak ke sini.

Saya tak berapa tau lokasi nak sampai di sini. Dari tepi jalan raya memang nampak dah jeti ni..tapi tak tau nak masuk ikut arah mana. So petang hari sebelumnya, saya dan keluarga pandu menuju ke Sungai Rengit unutk makan malam pada pukul 6.30 petang.

Riki riki kawasan..masuk jalan tanah merah….berlopak lopak..habislah kereta..bila nak sampai..rupnya ada denai kecil boleh jalan kaki dari tepi jalan tu..

So pagi tu, kami park kereta tepi jalan dan ikut denai tersebut. Alhamdulillah cuaca pagi tu sangat baik.