Di hujung tahun 2024. Menginap di Hotel Residensi UTM KL. Tingkap menghadapt pemandangan majestik bandar Kuala Lumpur

Di hujung tahun 2024. Menginap di Hotel Residensi UTM KL. Tingkap menghadapt pemandangan majestik bandar Kuala Lumpur
Shot pakai drone di ketinggian 100m dari tanah di Fakulti Kimia.
Sememangnya kecantikan sebenar suasana sewaktu saya ambil gambar ni tak boleh lawan. sensor drone ni ada limitaion in terms of size sensor yang akan mempengaruhi dynamik warna yang kamera ni boleh simpan.
Lagi besar sensor, lebih banyak dinamik warna dan details of the subject yang boleh disimpan unutk post processing.
Gambar ini saya cuba sedaya upaya unutk reflect suasana tersebut. ,..tak dapat 100%
Semalam, 9 Julai 2023…senja.
Atas bukit Fakulti Kejuruteraan Kimia…sebelah timur, langit cerah dan di barat langit kelam.
Cuba nasib..50-50..agak keberatan nak pergi sebenarnya….sebab expect langit kelam nanti.
Selalunya kalau berat nak pergi tu lah..langit akan jadi cantik amat!
Alhamdulillah
Saya ke sini dah beberapa. Lokasi ni adalah tempat yang saya rasa paling sesaui unutk mengasah skill drone saya. Setiap kali ke sini, memang tak ada rezki unutk dapat sunset yang cantik. tapi Alhamdulillah, pada 17 Jun 2023 yang lepas, saya dianugerahkan dengan sunset yang cantik
Kota ini merupakan pusat pentadbiran negeri yang baharu menggantikan Johor Bahru yang telah agak sesak. Perjalanan dari Skudai ke sini mengambil masa sekitar 30 minit. Agak sunyi tak banyak kereta. Kawasan ini juga agak jauh dari kawasan perumahan Eco Botani. Kebanyakan rumah di sini adalah kategori mewah dan hanya mampu tengok sahaja kot. Memang cantik kawasan rumah di sini..tapi tulah.hraganya yang tinggi membataskan anaka anak muda unutk membeli rumah.
OK gambar ini saya ambil sekitar jam 7 malam di sebel,ah masjid kota iskandar ini. Asyik pergi ke bulatan bintang tu je kan..so saya tukar port ke sini pula. Nampak cantik jugak sebab ada susunatur bangunan kerajaan johor yang unik dan ada pula bangunan pencakar langit di hujung sana.
Salam to all
Saya telah beberapa kali membuat uji pandu DJI Air 2 s ini. Seperti yang pernah saya tulis, ia amat tangkas-jauh berbeza dengan DJI Mini saya yang lepas.
Saya terbang dengan lebih yakin cuma masih ada ketakutan dalam diri sendiri serba sedikit kerana dengan ketinggian 100m, saya dah tak nampak dah saya punya drone dekat mana. Mungkin orang lain lebih berani.
Kali ini saya menguji fungsi panorama ini. DJI Air 2 s ini membenarkan kita menyimpan dalam file jpeg (yang telah dicantum) dan file dng (raw) yang masih bercerai.
File dng lebih baik kerana details yang disimpan amat tinggi berbanding jpeg. tetapi kualiti jpeg yang dihasilkan dalam panorama ini pun dah cukup memuaskan.
nak cantumkan file dng (panorama) dalam Photoshop memang amat berat. PC saya 2 kali hang. Kalau nak cantum dalam Lightroom, ia lebih ringan tetapi hasil cantuman yang saya dapat tak sama dengan hasil jpeg yang dibuat dalam DJI itu sendiri. Garisan horizon memang jelas melengkung.
So, apa yang harus dibuat?
Saya guna adaptive wide angle filter dalam photoshop untuk untuk menegakkan garisan melengkung. Hasilnya amat memuaskan!
Hari ini 15 November 2021, DJI Air 2 s saya sampai. Agak besar dan berat berbanding dengan DJI Mini saya. Mempunyai sensor imej sebesar 1 inchi mungkin memudahkan proses editing kerana dynamic range yang ditawarkan adalah lebih besar berbandind DJI Mini saya yang tidak mempunyai RAW file dan saiz sensornya juga agak kecil.
Perlu update sebelum terbang. Memakan masa 15 minit juga unutk keseluruhan update. Pukul 6.30 saya berada di padang kawad UTM..Hanya untuk ujian ringkas.
Tangkas, laju dan berkuasa!..itu yang saya dapat rasa semasa menerbangkan DJI Air 2 s ini buat kali pertama. Pengalaman yang begitu mengujakan , berlainan sekali dengan DJI Mini saya yang agak tidak responsive dan kurang berkuasa.
What you pay is what you get!
Saya setuju unutk DJI Air 2 s ini kerana berbaloi dengan harganya. Memang tidak puas dengan hanya satu bateri, tapi saya rasa memadai dengan satu bateri sahaja dulu kerana hraganya boleh tahan mahal RM500 seunit. Banyak lagi hal dan perkara yang perlu dibeli dahulu…macam nak upgrade skrin monitor lah kepada 27 inchi ! hahah
Ujian yang ringkas ringkas sahaja. Saya tak berani lagi kerana belum tahu perangai sebenar DJI Air 2 s ini. Cuaca pulak pada petang tadi agak mendung dan kurang UMPPH!
OK inilah hasil RAW file panoramic version..ada 9 keping gambar yang dicantum. Saiz file memang agak besar dan berat..tapi puas hati untuk proses editing saya.
Banyak betul gambar Tasik Ilmu UTM ni..hahah
Sekali lagi…hari yang sama kedudukan yang sama..cuma saya aim kepada tasik sahaja.
memang saya akan prgi ke satu satu tempat banyak kali untuk merakam..sebab setiap masa, kalau bernasib baik dapat merakam langit yang cantik