Tag Archives: tanjung langsat

Tanjung Langsat

Memang kawasan Tanjung Langsat ini merupakan antara tempat yang wajib disinggah para pencinta foto landskap.  Tempat ni berdekatan dengan Masjid Tanjung Langsat..tapi untuk ke sini anda perlu mempunyai juru pandu yang pernah ke sini sebab banyak lorong.takut salah lorong, mmng sia sia lah terlepas moment matahari terbit.

Saya selalunya akan solat Subuh di masjid tanjung langsat ini..biar awal, daripada terlambat sampai..dari rumah saya ke sini dalam lingkungan 1 jam jugak lah.

Jangan keliru..foto ini bukan foto jeti di tanjung langsat. Saya pada mulanya ingat jeti, rupanya ia adalah sebuah restoran

Tanjung Langsat

Kawasan Tanjung Langsat ini letaknya di dalam kawasan Pasir Gudang.  Tempatnya agak terpencil sedikit. Ia merupakan kawasan kampung melayu.  Untuk peminat gambar landskap, ada dua tempat yang boleh dikunjungi untuk sesi matahari terbit, iaitu di jeti kayu dan jeti batu.

Jeti kayu (sebenarnya bukan jeti)..ia merupakan warung makan yang dibina diatas air.  Jeti batu pula merupakan jeti di mana semua urusan tangkapan ikan dilakukan di situ. Di sekitar kawasan jeti batu ini ada terdapat restoran terapung lain.

Jeti batu

Jeti kayu