Tag Archives: photo

Tanjung Langsat

Memang kawasan Tanjung Langsat ini merupakan antara tempat yang wajib disinggah para pencinta foto landskap.  Tempat ni berdekatan dengan Masjid Tanjung Langsat..tapi untuk ke sini anda perlu mempunyai juru pandu yang pernah ke sini sebab banyak lorong.takut salah lorong, mmng sia sia lah terlepas moment matahari terbit.

Saya selalunya akan solat Subuh di masjid tanjung langsat ini..biar awal, daripada terlambat sampai..dari rumah saya ke sini dalam lingkungan 1 jam jugak lah.

Jangan keliru..foto ini bukan foto jeti di tanjung langsat. Saya pada mulanya ingat jeti, rupanya ia adalah sebuah restoran

spesifikasi desktop / laptop untuk video dan photo editing

Saya sedang mencari sebuah pc atau laptop yang brkemampuan untuk edit video dan photo dengan lancar.  Saya lebih prefer refurbished item sebab harga boleh dapat murah murah berbanding yang baru..tapi saya masih terbuka.

Antara spesifikasi yang diperlukan (saya punya benchmark) merujuk kepada pembacaan saya adalah:

  1. CPU: CPU perlu multi-core. lagi banyak core dan multi-thread lagi bagus sebab proses akan lebih laju kerana setiap proses bolh dijalankan secara serentak (parallel).  Untuk intel, intel i-7 ke atas adalah pilihan yang baik..tapi selalunya CPU intel ni datang bukan dalam banyak core.  AMD Rayzen 7 adalah pilihan masa kini dengan 6 core dan lebih. tapi Rayzen based ni tak de lagi yang refurbished.
  2. RAM: RAM paling minimum 16GB, tapi bagi saya better 32GB terus (Future proof :)). DDR3 saya rasa masih ok..tapi kalau harga DDR4 boleh dapat yang ok, ok lag jugak sebab dengar DDR5 dah nak keluar.
  3. Hard disk: Perlu ada dua iaitu SSD dan HDD.  Solid state disk tu perlu untuk digunakan untuk simpan Windows OS dan program editing yang berat macam Photoshop, Lightroom dan Premier Pro.  HDD pula perlu untuk storan file file video / foto yang besar.
  4. Monitor: monitor perlu yang besar 21 inchi atau 27 inchi dah cukup.  Tapi yang penting, colour reproduction mesti yang tepat.