Pagi tadi perlu buat satu hebahan ringkas dan ada menyebut Allah mustaan. Tertanya-tanya juga apa maksudnya;
الله المستعان

dari blog http://zaimterbang.blogspot.my/2012/05/apa-maksud-allahu-mustaan.html ;

 

Kalimah ini diambil daripada ayat al-Qur’an al-Karim daripada Surah Yusuf ayat ke 18 :

«قال بل سولت لكم أنفسكم أمرا فصبر جميل و الله المستعان على ما تصفون»
 
“…Bapa mereka berkata: “Tidak! Bahkan nafsu kamu memperelokkan kepada kamu suatu perkara (yang tidak diterima akal). Kalau demikian, bersabarlah aku dengan sebaik-baiknya, dan Allah jualah yang dipohonkan pertolonganNya, mengenai apa yang kamu katakan itu”

Kalimah ini juga didapati daripada ayat al-Qur’an al-Karim daripada Surah al-Anbiya’ ayat 112 :

وَرَبُّنَا الرَّحْمَنُ الْمُسْتَعَانُ عَلَى مَا تَصِفُونَ

Yang bermaksud, “…Dan Tuhan kami itu Yang Maha Pengasih, Yang menjadi tempat/entiti memohon pertolongan terhadap segala apa yang kamu sifatkan”

Maka,

Allahu Al-Musta’an :

Allah itu Tuhan Yang Melimpah-limpah rahmatNya yang dipohonkan pertolonganNya

 

Jadi, kesimpulannya,

Bagi yang dalam kesusahan, pesan-pesankanlah Allah mustaan, supaya mereka (dan kita juga) tak lupa untuk meminta sentiasa kepadaNya.

Kerana Dialah yang Maha Empunya, Maha Kuasa.