Alhamdulillah, kumpulan Cooperative Learning telah berjaya mengadakan Siri 1 dan Siri 2 Klinik Pengajaran P&P bertemakan pP&P maya.
Tujuan Klinik ini diadakan sebagai ruang untuk bersoal jawab serta memahirkan diri dengan tools pengajaran secara maya.


Alhamdulillah Siri pertama kami berbincang mengenai penggunaan Webex secara hands-on. Banyak tips telah dikupas dan dikongsi.

Bersama-sama peserta di dalam Siri 1. Meriah kami semua berhands-on.

Disertakan link video untuk sesi breakup room serta nota ringkas hasil sesi hands-on ini.
Prof Dr. Fadhil Din juga telah bermurah hati berkongsi sesi online beliau untuk diikuti berkatian dengan Cooperative Learning di sini.

Di dalam siri kedua, Kami menjemput Tn Haji Muhammad Nasir Hanapi untuk menunjukkan serba sedikit hands-on mengenai Google Meet. Ternyata begitu banyak sebenarnya tips-tips terutamanya extension yang kita boleh install untuk menjadikan P&P lebih interaktif dan teratur. Juga memudahkan kedua-dua oihak samada pelajar mahupun pensyarah.

InshaAllah nota berkenaan Siri 2 ini akan dikongsikan dalam masa terdekat.

Sehingga jumpa lagi dalam siri Klinik P& P akan datang, ilal liqa inshaAllah.