Alhamdulillah, Selesai lagi satu task untuk November 2019.

AJK Study Circle Sekolah Kejurteraan Awam dengan ehsan sumbangan endowmen (dari Prof Mohd. Hanim) telah berjaya mengangjurkan satu kem kepimpinan bagi penggerak-penggerak IKON Mahsiswa (sebelum ini dikenali Study Circle Muslim) di Hotel Le Grandeur Palm Resort, Senai pada 9 November 2019 (Sabtu).  Program telah sertai seramai kira-kira 30 orang pelajar tahun 3 dan 4 dengan pensyarah pengiring yang diketuai oleh Prof Dr. Sarifuddin (Penasihat), En.Baharin bin Mesir (Pengarah Program),  AJK-ajk iaitu Dr.Siti Norafida Jusoh, Dr. Libriati Zardasti dan dibantu oleh Saudara Shazwan dan Irfan Shahrin (pelajar PhD – SLAI).

Program telah diserikan dengan ucapan perasmian oleh Yang Berbahagia Prof Dr. Khairul Anuar Kassim, Pengerusi Sekolah Kejuruteraan Awam. Pengisian program berkisar mengenai mengenali potensi diri dan menjadi pemimpin dan dikelolakan oleh Prof Madya Dr.Razali bin Ismail, yang juga merupakan Penyelaras Pembangunan Pelajar, Fakulti Sains (Jabatan Kimia). PM Dr. Razali telah berkongsi banyak pengalaman beliau dalam membangunkan program pelajar di Jabatan Kimia Fakulti Sains.

 

Poster

Pelajar-pelajar bersedia ke tempat program

Opening session with En.Baharin Mesir

Aktiviti suai kenal

Ucapan Perasmian dari Yang Berbahagia Pengerusi SKA, Prof Dr. Khairul Anuar Kassim

Aktiviti mengenal peribadi diri

Some of  the program output

Terima kasih banyak-banyak Dr. Your sharing indeed inspiring!Jazakallahukhairan jiddan!

Gambar beramai-ramai.

Gambar curi, orang kuat program(a.k.a Shazwan)!

Perlahan-lahan kami atur langkah kali ini, hopefully anak didik dapat blooming into something new. Terinspirasi untuk menginspirasi. Semoga Allah redha. Ammin.

p/s I:

to do: video arnab dan kura-kura versi panjang, DISC test, site visit plan team

p/s II: so mana gambar kau….haha

(oit..ada tau dkt tempat kejadian.. kihkihkih..rezeki..takde gmbr)
ok, ni bukti.. Naqiyah and Najwa having good time watch fish, turtle and big fish. Love this moment.