Tema klasik katanya..

Alhamdulillah, semalam dengan hari ini penuh dengan ramah mawaddah sakinah. Gathering di blok M50 dan juga Hari Kualiti Fakulti Kejuruteraan Awam (hari Kualiti terakhir buat fakulti,setelah baru-baru ini bertukar status kepada Sekolah).

Alhamdulillah girang terasa dihati (oho, skema den nulih.. ), sempat lah bergambar sekeping dua dengan teman-teman seperjuangan (walau kami tak dan nak ikut tema klasik tuu..T.T).

Gathering M50 (ini je gambar sempat snap)

 

 

Dengan ex-roomate, jiran sebelah, cikgu sekolah memandu i (hihihi), guru masakan (hehe), geng lepak, sahabat suka duka Dr. Noreliza Alias.

Ahli meja waktu pagi

Thanks K.Aida gambar panorama

Gambar lagi

Lagi gambar


Lastly, bergambar beramai-ramai dengan NC, Prof Datuk IR Dr Wahid bin Omar. Menyahut cabaran k.dayah, kata suka jadi floor manager, hehe, berjayalah juga ajak Prof bergambar plus bergambar dekat pentas (dari niat bergambar satu ahli meja je, jadi satu dewan masuk gambar.. hehe). hurm, lama dah tak jadi JK protokol ni, rindu geng-geng u, umi, dayo, kauns, ha, dian- bila kita nak buat gathering weih.

Oh apapun, dalam kehangatan majlis tadi, sempat menuturkan doa,

Ya Allah, Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani, jika disinilah tempat yang terbaik buat hambaMu ini untuk terus mencari rezeki, terus berbakti, maka Engkau rahmati lah keluarga besar Fakulti Kejuruteraan ini terutama buat kami di Sekolah Kejuruteraan Awam ini. Moga, dengan berada disini, menjadi sebahagian keluarga besar ini, rahmat dan kasihMu sampai buat kami hamba-hamba Mu yang lemah, dan janganlah biarkan kami sendiri dalam mengaturkan urusan-urusan kami (dan diriku dan buat keluarga dan anak-anak ku). Sungguh, menjadi sebahagian keluarga besar ini merupakan tanda rahmat dan kasih sayang Mu.  Namun, jika ditakdirkan tiada jodoh berpanjangan, tempatkanlah hambaMu yang lemah ini, ditempat yang terbaik agaraku sentiasa dekat dan mengingati Mu. Sesungguhnya, Engkaulah yang Maha Mengetahui segala sesuatu buat kami. Amiin. 

Sampai jumpa lagi tahun hadapan inshaAllah. Ilal liqa.