YBrs Prof Madya Dr Astuty Amrin dilantik menjadi dekan Fakulti Teknologi dan Informatik Razak secara rasminya pada 17 Julai 2019. Berdasarkan pengalaman beliau di SPS dan akademik, dengan sokongan dua hero TDA dan TDPIPA yang gagah perkasa, insya Allah beliau menyampaikan rasa keyakinan dan besar hati untuk menerajui FTIR. Beliau adalah orang yang sangat rajin bekerja dan berintegriti. Itu adalah kekuatan utama beliau. Sekiranya beliau tidak tahu, beliau akan belajar. Sekiranya tahu beliau akan kongsi bersama orang lain.

Diantara harapan dan halatuju Razak.
- Perkasakan Sinergi 4.0.
- Kukuhkan Core Business (akademik)
- Kenaikan pangkat & succession planning
- Tingkatkan enrolmen

Alhamdulillah, Jabatan Informatik Termaju jelas perpaduannya. Itu kekuatan utama. 54% daripada staf akademik berusia antara umur 40-49 tahun. Matang dan paling produktif membuat kerja akademik, mudah pula untuk succession planning. Kepakaran setiap ahli akademik hendaklah diambil kira daripada sarjanamuda, sarjana, phd dan seterusnya bidang penyelidikan semasa yang diceburi. Jumlah pelajar penyelidikan 129 orang dan 209 pelajar baru, dekan mengingatkan para akademik untuk menyelia pelajar dengan lebih berintegriti, supportive dan bertimbangrasa.