NALI 2020

New Academia Learning Innovation (NALI) 2020, is an symposium for lecturers, and teachers to share their initiative in improving, and integrating new learning technique in their T&L.

It start today (7 December 2020), until Thursday (10 Dec 2020)

This year, NALI 2020 going Virtual. so, you can enjoy the exhibition, keynote and others in their website

http://ctl.utm.my/nali2020/nali-2020/

Adly PhD Viva

Minggu lepas, salah seorang pelajar yang saya menyelia bersama (co-supervisor), berjaya melepasi viva PhD nya.

Adly mula menghubungi saya sekitar 4-5 tahun lepas, untuk melaksanakan satu tajuk yang lebih dekat dengan tajuk yang saya minati, iaitu SDI.

Perjalanannya tidak terlalu mudah, dan saya sangat berbesar hati, dia berjaya melepasi satu lagi fasa dalam hidupnya. semoga Adly lebih berjaya di masa akan datang, dalam apa juga bidang yang dia ceburi.

Tahniah Mohd Adly Rosly!

#phd #geoinformation #sdi #spatialdatainfrastructure

Cuba tanya 3 soalan ni….

Assalamu’alaykum,

Kali ni nak berkongsi sedikit benda yang sangat menarik perhatian. Benda yang menarik ini didapati daripada sati perkongsian daripada Jay Shetty, yang ditanya pada awal podcast yang saya link di bawah.

Soalan dia ada 3 je.

1. i Like (saya suka…)

2. i wish (saya harap…)

3. i wonder (saya tertanya-tanya…)

soalan yang nampak ringkas, akan tetapi sebenarnya mendalam. Kita boleh kenal diri kita yang sebenarnya… ok, saya cuba jawab…

1. saya suka keluarga saya. saya sayang juga keluarga saya, tapi saya suka juga keluarga saya. saya suka suasana dalam keluarga, yang kita buat perkara bersama-sama…

2. saya harap saya akan jadi lebih baik. dalam banyak perkara. mungkin sikit demi sikit tambah baik. atau cukuplah sedikit itu. huhu… banyak sebenarnya. nak baiki cara perhubungan/komunikasi dengan ahli keluarga, kawan2. cara bercakap yang lebih lembut dan berhemah… pendek kata banyaklah….

3. saya tertanya-tanya apa sejarah sebenar yang berlaku di dunia, dan di Malaysia khususnya. kenapa soalan ini? sebab saya suka belajar sejarah (yang betul, bukan kurikulum sejarah sekolah ye). apa sebenarnya terjadi, kenapa ianya terjadi. apa kesannya? dari situ saya harap dapat belajar beberapa perkara yang baik, yang boleh digunakan untuk baiki diri saya kembali….

orait, so, bolehlah enjoy the podcast untuk banyak lagi input menarik dari Jay Shetty dan jemputannya. semoga kita lebih positif dan lebih baik dari kita yang lama…hehe…

regards…

Review Buku: Imperia

Assalamu’alaykum,

Lama rasanya tak menulis dalam blog ni. Kali ini agak sesak nafas, kerja ada mencabar. Jadi, banyak benda tertangguh. So, kali ni baru dapat kembali menghadap blog ni. Harap dapat berkekalan la lepas ni. Hehe…

Orait, hari ni, nak bercerita dan buat bedah buku, atau novel cerita karya Ahmad Patria Abdullah. Ok, buku ni daripada siri Kronika Nashan, yang bersangkut-paut sikit dengan Siri Saga Artakusiad, tapi di tempat yang lain. Cuma zaman sahaja sama. Buku ini adalah buku keempat, selepas buku Aristokra, Wizra, dan Kesatria.

Kisah kali ini, masih sekitar Aristokra Nashan, iaitu Melyn. Awalnya dihiasi dengan kisah Aristokra Melyn dgn Mori, lodra perang yang dikirim oleh Artakus. Kali ini bukan pada kisah cinta yang menuntun hati, tapi lebih kepada pertempuran dalaman pula. Bukan sahaja kisah antara Melyn dgn Mori sahaja, tapi kali ini dimasukkan juga konflik dalaman dengan kemunculan Aristokra Dashan, Denzir pula.

Tapi buku siri ini pastinya akan ada kisah pertempuran, dan kali ini, pergolakan yang berlaku, bukannya dengan Sursis, tapi ketumbukan Nomad, yang bergabung untuk melanggar kota Dashan dan kota Nashan. Ketumbukan Nomad yang mempunyai bilangan sekitar 10,000 askar itu menggugah kota-kota ini. Dan Aristokra Melyn dijemput ke Kota Dashan untuk membuat satu perikatan untuk menghalang ketumbukan Nomad ini.

Kisah pergolakan ditambah pula dengan isu dalaman yang berlaku dalam pertemuan dengan perikatan, yang disebabkan isu peribadi Aristokra Melyn. Pergolakan yang tidak mudah untuk dihadapi. Jadi, konflik besar serangan Nomad, dan isu dalaman perikatan ini perlu ditangani dengan segera.

Berjayakah Melyn menyelesaikannya?

Buku kali ini, melihatkan yang tiada campur tangan “Merkia” dalam pertembungan perikatan kota, yang sebelum ini diselitkan dalam buku-buku terdahulu. Sesuatu yang secara peribadi saya ternanti-nanti, bilakah Merkia akan hadir dan membantu kali ini. Tapi sampai ke akhirnya, Merkia tidak memunculkan diri, selepas cerita pasal Merkia banyak dihuraikan dalam buku kedua siri ini, iaitu Wizra.

Gaya penulisan ada masa tersangat perlahan, disebabkan penulis ingin menekankan perkaitan antara watak. Jadi ianya sangat perlu, dan perlu dibaca dengan teliti, kerana ianya bersangkut paut dengan cerita yang mendatang.

Secara keseluruhannya, konflik yang ditulis merangkumi konflik emosi dan juga konflik peperangan, dan pengurusan. Walaupun Nampak konflik peribadi seperti remeh, tapi dalam buku ini penulis Berjaya meletakkannya di tempat yang betul, kerana jika konflik peribadi tidak diuruskan, ianya akan mengganggu dalam menyelesaikan konflik yang lebih besar, iaitu pertembungan dengan ketumbukan Nomad.

Secara peribadi, saya berpuas hati dengan siri ini. Harap penulis dapat tamatkan siri ini, atau gabungkan dengan siri Saga Artakusiad di masa akan datang. Atau mungkin dikaitkan dengan siri buku yang lain. Mana tahu?

ok, jemputlah baca. Ada dijual di kedai-kedai buku, MPH pun ada.

regards

Stay Safe Malaysia: COVID-19

Assalamu’alaykum,

Perdana Menteri Malaysia telah menyatakan yang kita perlu duduk di rumah jika tiada apa2 keperluan. untuk mengelakkan jangkitan COVID-19 yang semakin berleluasa di Malaysia

 

jadi, Stay Safe, Stay Put. duduk diam2 di rumah jika tiada keperluan, and pastikan kita laksanakan perkara-perkara patut untuk elakkan penularan yang lebih teruk

 

regards

Alaf Baru – 2020

Assalamu’alaykum,

so, selamat “menyentuh” alam tahun baru 2020, dan secara dasarnya, kita telah juga memasuki dekad yang baru, dan seperti biasanya, ramai yang mula berazam, mula menyenaraikan matlamat, objektif bagi tahun yang baru…

segala kelemahan, kekurangan dari perjalanan tahun 2019, akan cuba diperbaiki sepanjang tahun 2020, dan ke depan, atau mungkin, hanya perjalanan yang malar sahaja, tanpa hala tuju…

jika masih malar, dan merasakan hidup tiada arah tuju, masih belum terlewat, untuk kita merenung kembali, apa perjalanan yang kita telah tempuhi sepanjang tahun 2019, secara perkara yang baik, perkara yang menyeronokkan, perkara yang menaikkan semangat, dan perkara yang meningkatkan keyakinan kita sepanjang tahun 2019… selain tu, cuba juga lihat perkara-perkara yang “mengikat” kita dari mencapai perkara yang baik, apa dugaan, cabaran, rintangan yang dilalui sepanjang tahun 2019. adakah semakin menjadikan kita orang yan glebih baik, ataupun menjadikan kita seseorang yang bertindak sebaliknya….

mungkin takde yang nak dicapai sepanjang tahun 2020 ini, kerana terlalu berat dugaan hidup. mungkin faktor luaran banyak mengekang pembangunan dan pencapaian diri kita… jadi, mungkin tahun 2020 ini, kita target satu perkara sahaja….

SENTIASA BERFIKIRAN POSITIF

tak perlu banyak kot, kita sama2 cuba untuk sentiasa berfikiran positif. jika ada perkara yang membelenggu kita dari berfikiran positif, kita cuba renung kembali, kenapa ianya mengekang kita, dan kemudian, kita boleh cuba dapatkan jalan bagi menguruskan, atau lebih baik, menyelesaikan perkara tersebut.

so, mungkin boleh dijadikan azam tahun baru, mungkin tambahbaik dari azam tahun baru. nak berfikiran positif, memerlukan juga kesabaran yang tinggi… kita tak boleh ubah apa orang buat, apa persekitaran kita buat kepada kita, tapi hanya kita yang boleh mengawal pemikiran kita…

sekiranya kita berfikiran positif, insyaAllah, lebih banyak peluang dan ruang yang boleh diperbaiki dalam diri kita…

so, selamat tahun baru (lambat), dan semoga terus berfikiran positif!!

regards

End of 2019

Assalamu’alaykum

soooo…. tahun 2019 sudah semakin hampir ke penghujungnya…. pada awal tahun, pastinya ada beberapa azam yang kita telah rancangkan, dan cuba untuk capai bagi tahun 2019.

jadi, tiba masa untuk semak semula apa yang kita telah rancang, azam kita, dan apa yang kita telah capai daripadanya, dan dari situ, kemana pula hala tuju hidup kita, dan azam utk tahun seterusnya…

wow, panjang pula ayat kat atas tu…

anyway, azam merupakan satu kaedah untuk kita memperbaiki diri, dengan mempunyai hala tuju, atau tujuan, atau matlamat yang kita nak capai bagi tahun tersebut. dengan ada hala tuju, kita akan mula merancang, dan perancangan itu perlu pula kepada sesuatu yang bersifat boleh dicapai/digenggam/dikira pendek katanya… hehe…

contoh azam: nak lebih sihat (nak lebih kurus la senang cakap)

jadi perancangan kita, perlu ada benda yang boleh diukur, contohnya nak kurangkan tahap kolesterol dalam darah, nak kurangkan berat badan sebanyak 10kg utk tahun 2019, dan lain2 yang boleh kita capai. bukan sekadar nak kurus, nak sihat, tapi takde apa yang boleh diukur. payah juga nak melihat tahap kemajuan kita…

jadi mari kita duduk sebentar, semak semula apa azam tahun 2019

kemudian, kita lihat sejauh mana kita telah “pergi” dalam perjalanan menuju azam 2019

then, kita lihat, adakah ada hasil yang kita capai… kalau tak capai, timbulkan persoalan, KENAPA? APA yang menyebabkan kita tak capai. adakah faktor dalaman, atau luaran.

kemudian, BAGAIMANA nak perbaiki, untuk tahun 2020 pula..

well, setiap orang juga punya kebolehan yang berbeza. jadi jangan letak terlalu meninggi langit, atau terlalu kedalam bumi pula. tinggi sedikit, tapi sedar kebolehan diri..

so, selamat membuat semakan semula.. kahkakah… ayat skema dia..

selamat check semula diri kita. agar diri kita menjadi lebih baik di masa akan datang!!

azam saya? mungkin masuk acara dualthon (larian+cycling), mungkin la… belum fikri lagi. baru nak check balik apa yang dah capai tahun 2019 ni.. huhu

orait, semoga ada manfaat!

regards

Program Geoinformatik – Sejarah sikit

Assalamu’alaykum,

Jadi, sebelum kita teruskan lebih mendalam tentang program Geoinformatik ini, kita kena kenal dulu kan? tak kenal maka tak cinta…. Jadi nak kenal, kenalah faham sikit2 sejarah program ini.

So, program ini (dahulu dipanggil kursus) telah mula diperkenalkan pada tahun 1994. kalau ikut tahun akademiknya, kira 1994/1995. Ketika itu, GIS agak baru di Malaysia, dan Kerajaan Malaysia ketika itu baru memperkenalkan Infrastuktur Kebangsaan bagi Sistem Maklumat Tanah (National Infrastructure for land Information System (NaLIS)) pada tahun 1997 (NaLIS).

~cerita tentang NaLIS dan kemudiannya ditambah baik kepada MaCGDI kita bincang lain kali~

Jadi, program ini dibangunkan dengan tujuan mengisi kekosongan dalam membangunkan dan meningkatkan NaLIS ketika itu. Program ini kemudiannya ditambahbaik, dengan beberapa penambahbaikan setiap 5 tahun. Terkini, program ini telah ditambahbaik silibusnya pada tahun 2018 (yeah, tahun ni), dan telah diluluskan oleh Senat Universiti.

Setakat ini, ramai graduan Program Geoinformatik (Sarjana Muda Sains (Geoinformatik)) dari UTM ini telah bekerja di pelbagai bidang…. kalau hendak tahu bidang apa? lain kali kita cerita. malah ada yang bekerja di luar negara, dan menjadi pakar di sana! hebat mereka ini…

orait, itu sahaja nak dikongsikan kali ini.

Jumpa lagi di lain kali….

Regards

artikel terdahulu:

Program Geoinformatik – ni program apa?

Mana nak cari info lebih?

sini ada: http://builtsurvey.utm.my/academic/bachelor-of-science-geoinformatics/

#geoinformatik, #UTM, #GeoinformatikUTM, #SBEG, #SGHG, #SGG, #Geoinfo, #geoinfoUTM

Program Geoinformatik – ni program apa?

Assalamu’alaykum,

GEOINFORMATIK

Ramai yang pernah terbaca, atau ternampak perkataan Geoinformatik ini. Terutama kepada pelajar matriks, STPM, malah tahun asasi di mana2 universiti. Dan ramai tidak tahu apa sebenarnya Geoinformatik ni. Jadi, saya ingin berkongsi sedikit apa benda program Geoinformatik ni….

Sebelum bermula, saya nak tanya, pernah tak anda menggunakan Google Map? atau Waze? atau OpenStreetMap? pernah naik Grab? Apa persamaan kesemua apps di atas? Ada ke orang jaga kat belakang apps ni untuk pastikan info korang dapat tu betul ke tidak?


Sebenarnya, kesemua apps itu menggunakan maklumat geografi, dan disimpan dalam satu sistem, yang dinamakan Sistem Maklumat Geografi (Geographic Information System, GIS). Jadi GIS hari ini, telah digunapakai secara meluas, akan tetapi, orang tak tahu yang ianya adalah GIS.

Ok, apa kaitan GIS dengan program Geoinformatik ni?

Secara ringkas, program Geoinformatik ni, kita akan belajar disiplin ilmu disebalik GIS ni.

Disiplin ilmu sampai kita boleh keluarkan apps atau pandai gunakan apps dengan peta-peta bagai ni.

Program Geoinformatik ada je ditawarkan di Universiti Teknologi Malaysia, UTM Skudai… di UTM nama penuhnya adalah Program Sarjana Muda Sains (Geoinformatik). haaa… tu dia panjang….

Dalam program Geoinformatik ini, kita akan faham bagaimana nak cari data-data jalan, petrol station, restoran dan apa2 maklumat yang korang nak cari… Lepas tu, macamana nak simpan data, macamana nak cari jalan paling pantas, dan macamana nak tunjuk semua data-data dan maklumat ni dalam pelbagai gadget. Nak tunjuk guna komputer? handphone?

haaa… semua ada dalam program ni.

So, jika anda ingin jadi salah seorang yang “pembangun” GIS di Malaysia ini, Program Geoinformatik adalah program yang sesuai untuk anda! Program ini ada ditawarkan di UTM, dahulu di bawah Fakulti Geoinformasi dan Harta Tanah. Namun berkat sinergi, fakulti ini telah dinamakan semula sebagai Fakulti Alam Bina dan Ukur, atau FABU (Faculty of Built Environment and Surveying).

Orait, lain kali saya akan berkongsi lagi apa lagi yang ada dalam program Geoinformatik ni..

Jumpa lagi!!

regards

#geoinformatik, #UTM, #GeoinformatikUTM, #SBEG, #SGHG, #SGG, #Geoinfo, #geoinfoUTM