Pokok dan Buah Tunjuk Langit

Buah Tunjuk Langit dan apa rupa pokok Tunjuk Langit

Tahukah anda buah tunjuk langit? mungkin anda tak perasan kat dalam UTM pun ada pokok tunjuk langit ni. Dalam kawasan UTM kat sebelah mana?, tu..ha di sekitar antara kolej Tuanku Canselor (KTC) dan kolej Perdana, berdekatan dengan Scholars Inn. Buah tunjuk langit ada berbagai khasiat untuk kesihatan anda. Apakah khasiat buah tunjuk langit ni? dibahagian bawah ada penjelasan lanjut mengenai Buah Tunjuk Langit ni.

Pokok Tunjuk Langit

Pokok Tunjuk Langit

Pengenalan

Buah Swietenia macrophylla dipanggil sebagai “buah tunjuk langit”, kerana ia seolah-olah tergantung terbalik diatas pokok. Buah tunjuk Langit dijual sebagai penawar semulajadi yang dikatakan dapat melancarkan peredaran darah dan juga kesihatan kulit. Ia juga dikatakan mempunyai sifat seperti Viagra mengenai disfungsi erektil. Penggunaan pekat buah langit yang diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Buah Tunjuk Langit

Buah Tunjuk Langit

Pakar-pakar saintis bioteknologi berpendapat bahawa biji dari Buah Tunjuk Langit (Sky Fruit) atau Mahogany mengandungi banyak khasiat semulajadi yang boleh dijadikan penawar bagi membantu dan meningkatkan sistem peredaran darah dalam tubuh manusia.
Buah Tunjuk Langit (Sky Fruit) mempunyai keistimewaan yang sukar diperoleh dari mana-mana tumbuhan herba di seluruh dunia.

Buah Tunjuk Langit (Sky Fruit) ini mengandungi kandungan tiga komposit aktif utama iaitu Flavonoids, Saponins dan Bitter Alkaloid.
Di samping itu, Buah Tunjuk Langit (Sky Fruit) ini juga mengandungi pelbagai nutrisi semulajadi yang dapat mengekalkan tahap kesihatan tubuh badan dan meningkatkan tenaga keseluruhan badan manusia seperti protein, mineral, pelbagai vitamin, karbohidrat dan sebagainya.

Buah Tunjuk Langit (Sky Fruit) juga dikenali dengan nama saintifik Swietenia Macrophylla, Mahogani Daun Besar atau Mahogani Honduras. Buah Tunjuk Langit (Sky Fruit) adalah tumbuhan liar yang berasal dari jenis pokok Meliaceae (keluarga pokok Mahogani atau Mahoni). Pokok Buah Tunjuk Langit (Sky Fruit) ini tumbuh di kawasan hutan hujan tropika yang bersuhu kering dan lembap terutamanya di Amerika Selatan, India Barat, Kepulauan Indonesia, Fiji, Honduras, Kepulauan Solomon dan juga Malaysia.
Buah Tunjuk Langit (Sky Fruit) juga digelar Raja Swietenia atau Raja Mahogani oleh kerana mutu kayunya yang tinggi di pasaran dunia sejak beratus tahun yang lalu.

KANDUNGAN AKTIF DALAM BUAH TUNJUK LANGIT (SKY FRUIT)

FLAVONOIDS: Bahan Flavonoids yang tinggi di dalam Buah Tunjuk Langit (Sky Fruit atau Mahogany) mengandungi bahan enzim semulajadi yang dapat merangsang pembukaan pembuluh darah bagi melancarkan perjalanan darah ke seluruh badan serta membekalkan nutrisi dan oksigen lalu bertindak sebagai enzim anti- pengoksidaan:
Fungsi-Fungsi Utama

Mengurangkan tahap gula dalam darah
Mengimbangi kandungan gula dalam darah
Memperbaiki peredaran darah
Menyingkirkan radikal bebas dalam badan
Membesarkan dan menguatkan keanjalan saluran darah
Mengurangkan kandungan kolestrol yang tidak baik dalam darah

SAPONINS: Saponins yang terdapat dalam Buah Tunjuk Langit (Sky Fruit) dapat mengurangkan lemak dan kolesterol pada dinding saluran darah bagi melancarkan perjalanan darah. Keadaan ini akan membantu menguatkan fungsi jantung di mana peningkatan sistem imuniti dan pengurangan tahap pembekuan gula dalam darah akan berlaku. Kandungan bahan Saponins yang tinggi ini juga boleh didapati dalam makanan herba yang disanjungi dunia iaitu herba Ginseng Panax:
Fungsi-Fungsi Utama Saponins

Meningkatkan imuniti tubuh badan
Merangsang perembesan insulin daripada pankrias
Meningkatkan fungsi pembinaan darah
Menangani kekejangan otot di dalam saluran pernafasan
Melancarkan sistem saluran pernafasan
Menambahkan daya penghasilan sperma kaum lelaki
Memperbaiki sistem peredaran darah
Menyahtoksid dalam badan (detoksifikasi)
Mengelakkan kemabukan dan keracunan
Mententeramkan fikiran dan otak
Menghilangkan kelesuan minda
Melambatkan proses penuaan
Memperbaiki insomnia
Menguatkan hati

BITTER ALKALOIDS
Buah Tunjuk Langit (Sky Fruit) mengandungi unsur organik yang mempunyai sifat perubatan semulajadi. Buah Tunjuk Langit (Sky Fruit) adalah amat pahit jika dimakan begitu sahaja. Rasa Buah Tunjuk Langit (Sky Fruit) yang pahit adalah disebabkan oleh kandungan Bitter Alkaloids yang tinggi di mana Buah Tunjuk Langit (Sky Fruit) membuatkan darah di dalam badan berasa pahit dan membantutkan pertumbuhan pelbagai jenis virus dan bakteria yang menjadi penyebab utama kepada pelbagai jenis penyakit. Buah Tunjuk Langit (Sky Fruit) akan membantu pembinaan secara matang sel-sel darah putih di dalam tubuh manusia untuk memperkukuhkan sistem imunisasi tubuh badan bagi menghalang dari serangan organisma-organisma yang tidak baik.

Pokok Buah Tunjuk Langit (Sky Fruit) adalah sejenis tumbuhan tropika. Buah Tunjuk Langit (Sky Fruit) tumbuh meliar ataupun ditanam di pelbagai kawasan tropika dan terdapat dalam pelbagai jenis. Nama saintifik bagi Buah Tunjuk Langit (Sky Fruit) ialah Fructus Swietenia Macrophyllae. Ia juga dikenali sebagai Buah Tunjuk Langit (Sky Fruit), Buah Kapal Terbang, Mahogani atau Mahoni. Sesetengah pula mengenalinya sebagai Buah Suharto kerana mengambil sempena nama Presiden Suharto yang telah memberikan pokok Buah Tunjuk Langit (Sky Fruit) untuk ditanam di Malaysia.

Buah Tunjuk Langit (Sky Fruit) banyak terdapat di kawasan tropika di Pasifik Selatan seperti di Tahiti, Papua New Guinea, Tonga, dan Samoa. Bilangan paling banyak ialah di Kepulauan Solomon. Buah Tunjuk Langit (Sky Fruit) juga boleh didapati dalam bilangan yang kecil di beberapa kawasan tropika lain di seluruh dunia.

Buah Tunjuk Langit (Sky Fruit) berbuah setahun sekali bermula sekitar bulan Jun dan matang dalam tempoh antara 3 hingga 6 bulan dari peringkat bunganya. Biasanya pokok Buah Tunjuk Langit (Sky Fruit) akan mencapai ketinggian lebih kurang 40 hingga 60 meter. Kebiasaannya, pokok Buah Tunjuk Langit (Sky Fruit) yang mencapai usia 10 tahun akan mula mengeluarkan buah.

2 thoughts on “Pokok dan Buah Tunjuk Langit

  1. Ahmad

    Salam…
    Saya ada jual kapsul tunjuk langit asli 50 kapaul Rm35 Cod sekitar penang poslaju seluruh malaysia.
    Sms whatsapp atau terus call 017-4518689 Ahmad.

    Reply
  2. zuhairi

    Salam…Sy ada menjual buah tunjuk langit gred A..sekitar 250 biji sehinga 300 biji sebungkus harga cuma rm30….cepat dan pantas sy hantar guna kan pos laju.call or msg sy xpun wasap sy kt 0174687570(mohd zuhairi) Kebaikan buah tunjuk langit terlalu banyak…melancarkan darah…buang angin..pulih kn tenaga batin untuk lelaki..meningkatkan tenaga dan mencergaskan badan bagi lelaki dan wanita yang berumur berkesan lebih hebat berbanding tongkat ali…mencuci buah pingang..kurangkn kolestrol..menurunkan darah tingi..buah ini selamat di makan…rahsia rahsia orang terdahulu untuk kekal sihat..berasal dari pohon mahogany di dalam hutan Buah tunjuk langit mempunyai nilai perubatan yang tinggi, disahkan melalui kajian saintifik oleh ahli Biokimia Amerika, Dr Larry Brookes (1996). Kebelakangan ini ia telah digunakan oleh pakar perubatan dan doktor dalam bidang perubatan dan diiktiraf sebagai antara makanan kesihatan terbaik. Buah yg sy jual adalah asli…bukan pil bukan kapsul tapi dalam bntuk biji2 kuaci mahogany….sehari cukup sebiji untuk kesihatan.sesiapa pun boleh amal kan… Keluaran sy adalah asli..nama syarikat sy JUTAWAN HERBS NO PENDAfTARAN SYARIKAT SAYA PG 0346818-W NAMA PEMILIK MOHD ZUHAIRI BIN NOORDIN

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *