e-Book boleh dibeli secara online, sila klik link UTM Penerbit Press :
https://www.e-sentral.com/book/info/266652/Aplikasi-Pelbagai-Teori-Kaunseling
SINOPSIS BUKU:
Teori kaunseling merupakan asas ilmu pengetahuan yang menjadi teras utama dalam memahami tingkah Laku manusia, khususnya klien dalam proses tolong bantu. Tambahan pula, kebanyakan teori kaunseling turut mengemukakan pelbagai strategi dan intervensi dalam proses membantu klien mencapai sesuatu matlamat kaunseling. Justeru. penulisan aplikasi pelbagai teori kaunseUng ini dilihat sangat bermanfaat dan boleh dijadikan sebagai rujukan bukan sahaja dalam pengendalian sesi kaunseling. bahkan proses tolong bantu di tempat kerja dan dalam kehidupan seharian amnya. Menyedari kepentingan tersebut, buku ini telah dihasilkan dan disusun oleh penulis-penulis berdasarkan sumber pembacaan. pengalaman dan penyelidikan mereka dalam bidang berkaitan. Buku ini bukan sahaja mengandungi huraian aplikasi pelbagai teori kaunseling yang telah diperkenalkan oleh para ilmuwan dan tokoh-tokoh di Barat seperti Terapi REBT, Terapi Realiti, Teori Sistem dan Terapi Gestalt, bahkan aplikasi Kaunseling Islam turut dimuatkan dalam penulisan buku ini. Justeru, buku ini adalah bersesuaian dan boleh dimanfaatkan oleh golongan pembaca yang terdiri daripada para kaunselor di seluruh Malaysia, pengamal-pengamal kaunseling, para pendidik, ahli akademik, pelajar dan pekerja dalam organisasi.
SENARAI TAJUK DALAM BAB
BAB 1 Aplikasi Kaunseling Islam dalam Pembangunan Modal Insan Mohd Nasir Masroom
BAB 2 Aplikasi Terapi Realiti dalam Perhubungan Kaunseling Mastura Mahfar, Aslan Amat Senin, Mohd Nasir Masroom, Azman Manas, Norhashimah Mohd Yusof
BAB 3 Aplikasi Terapi Rasional Emotif Tingkah laku (REBT) dalam Pekerjaan Nurul Iman Abdul Jalil, Mastura Mahfar
BAB 4 Aplikasi Teori Sistem dalam Kaunseling Keluarga Siti Rokiah Siwok
BAB 5 Aplikasi Terapi Gestalt dalam Menangani Kes Wanita Mangsa Keganasan Rumahtangga Norhayati Md Salleh