16 September 2024

16 September 2024

Hari yang sangat istimewa;

Maulidur Rasul iaitu hari keputeraan Nabi Muhammad SAW.
Hari Malaysia bagi memperingati penubuhan persekutuan Malaysia pada 16 September 1963.
Hari lahir isteri tersayang yang ke-37. Tadi jalan-jalan di Aeon Mall, beliau dapat pewangi percuma oleh Aeon untuk mereka yang sambut hari lahir pada hari ini. Malam tadi kami menginap di Forest City Golf Resort. Sejujurnya, itulah kali pertama saya ke area Forest City. Kenapa Forest City? Sebab hotel lain dah fully booked dan harga sedang mencanak-canak.
Selamat hari lahir ibu. Babah, kakak dan adik doakan semoga ibu dipanjangkan umur, murah rezeki dan sihat selalu. We love you!

Semasa saya di Kuching pada minggu lepas, saya berkunjung ke Muzium Budaya Borneo. Memang sangat best kunjungan saya secara peribadi ke situ.

Kali terakhir saya belajar sejarah khususnya mengenai Hari Malaysia ialah ketika di bangku sekolah menengah.

Justeru, hampir setengah hari saya berkelana dalam muzium berkenaan bagi menghayati kronologi pembentukan Hari Malaysia. Maklumat disampaikan secara interaktif membuatkan saya semakin teruja.

Usai melawat muzium berkenaan, saya duduk di sebuah cafe, memesan secawan kopi panas dan mencoret naratif ringkas tentang kronologi penubuhan Hari Malaysia. Peredaran suatu peristiwa ke satu peristiwa yang lain pastinya panjang sekali, namun naratif ini saya ringkaskan agar ia mudah difahami oleh semua orang.

Selamat membaca, dan semoga anda mempelajari sesuatu mengenai hari bersejarah yang kita raikan pada hari ini.

Terima kasih Dewan Budaya (DBP) atas penerbitannya pada hari ini.

https://dewanbudaya.jendeladbp.my/2024/09/16/9861/

Selamat Hari Malaysia 


Speak Your Mind

*